suria

Lelaki suap vape pada bayi, kedengaran suara wanita ketawa kecil sambil rakam video - “Pecah rekod nanti you sedut”

Tangkap layar yang mengundang kecaman ramai.

RAKAMAN tular memaparkan seorang bayi yang disuap dengan rokok elektronik jenis vape mengundang pelbagai reaksi di media sosial.

Dalam video itu, seorang lelaki secara selamba memasukkan muncung vape ke dalam mulut kanak-kanak berkenaan sambil memangkunya.

Kedengaran suara seorang perempuan, dipercayai individu yang membuat rakaman video berkata: "Pecah rekod ah... Abi... Pecah rekod nanti you sedut," sambil ketawa kecil.

Video itu dikongsi menerusi Instagram Story sebelum ia disebarkan ke laman Twitter oleh seorang individu.

Hasil carian yang dibuat netizen, laman Instagram milik individu berkenaan didakwa lesap, dipercayai dinyah aktif selepas menerima kecaman ramai.

Menurut satu tangkap layar yang dikongsi di Twitter, wanita berkenaan dikatakan bukan ibu kandung, sebaliknya ibu saudara kepada bayi itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita, anak nurse terkesan tengok derita penghisap vape! Konon nak ‘lari’ dari rokok, akhirnya paru-paru kena tebuk

ARTIKEL BERKAITAN: Berlubang dada sebab merokok! Lelaki ini insaf, dulu tak percaya vape ancam nyawa... “Dah kena baru ada akai!”

Lelaki dalam video itu pula didakwa sebagai teman lelakinya.

Dalam pada itu, video tular berkenaan turut mendapat perhatian pengasas MedTweetMy iaitu Dr Khairul Hafidz Alkhair Khairul Amin.

"Tak boleh diterima. Saya akan akan bawa isu ni kepada pihak berkuasa yang berkaitan," tulis beliau ringkas di laman Twitter.

Rata-rata netizen turut menyokong ciapan berkenaan dan berharap pelaku dikenakan hukuman setimpal atas tindakan kurang cerdik yang dilakukan mereka.

bayi vape 2

Sebahagian komen netizen di Twitter.

"Kalau nak bergurau senda pun guna akal. Jangan tunjuk sangat bodoh tu.

"Boleh tak seseorang selamatkan bayi ini daripada dua orang dewasa yang bodoh?

"Benaknya otak tak boleh beza mana bahaya mana tak bahaya," tulis beberapa netizen.

Dikongsi ke laman Twitter sejak Jumaat malam, video itu sehingga kini meraih lebih 270,000 tontonan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!