suria

Jual budak atau foto untuk onani? Pedofilia selamba buat iklan dalam talian, harga hampir RM7,000 boleh bayar ansuran

Tangkap layar iklan kanak-kanak yang dibuat oleh seorang individu.

KEWUJUDAN bahan pornografi kanak-kanak yang dikongsi di internet pernah menjadi perbualan ramai selepas ia dibongkar netizen suatu masa lalu.

Terbaharu, seorang pelayar Twitter dikenali sebagai Nurul berkongsi iklan tidak masuk akal melibatkan kanak-kanak lelaki yang dibuat menerusi laman e-dagang Shopee.

"Barang boek (baik) untuk dijual," tulis pemilik iklan itu dengan meletakkan harga RM6,942.

budak 2

Pihak Shopee turut memberi respons selepas iklan itu dikongsi semula ke laman Twitter.

Lebih gila, pengiklan turut menyatakan pembeli boleh membuat pembayaran ansuran berjumlah RM385.67 setiap bulan dengan kosong peratus kadar faedah.

Sementara ini pada ruangan dekskripsi, 'produk' dari Hulu Langat, Selangor itu menyatakan bahawa ia merupakan bahan untuk onani dan harganya juga boleh dirunding.

Iklan berkenaan memaparkan empat keping gambar kanak-kanak lelaki termasuk seorang bayi, salah satunya memaparkan mangsa yang berpakaian baju Melayu biru lengkap dengan sampin.

ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz lamar murid usia 14 tahun dituduh pedofilia, si isteri mengaku nakal tetap pertahan suami... pakar kata ada 6 tahap sexual grooming

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh pesalah pedofilia di UK kini penuntut PhD UKM, penyelia minta henti kecam genius Matematik...“Dia ada kelas tersendiri, saya bagi thumbs up”

Posting yang dimuat naik ke Twitter itu turut dihujani pelbagai komen netizen yang rata-ratanya terganggu dengan iklan berkenaan.

Malah, ramai yang keliru sekiranya iklan tersebut sememangnya mahu menjual budak, bahan onani atau sekadar menjual gambar mangsa untuk kepuasan nafsu golongan pedofilia semata-mata.

"Sekarang ni, apa maksud dia black and white include sekali dengan saiz budak tu?

"Ada gambar bayi juga? Sebagai bahan l****p? Ini gila dan menjijikkan.

Astaghfirullah. Aku rasa ni dia jual child pornography.

NETIZEN

"Ya Allah, tak kelakar kalau mereka buat ini sebagai jenaka.

"Bodohnya, dia jual budak or gambar budak? Tak kisahlah yang penting menakutkan pedofilia macam ni.

"Weh takutnya. Benda betul tak betul tu belakang cerita.

budalk 3

Suatu masa lalu pernah tular kes penyebaran pornografi kanak-kanak menerusi Telegram.

"Astaghfirullah. Aku rasa ni dia jual child pornography," tulis beberapa netizen.

Di ruangan komen, akaun Twitter rasmi Shopee Malaysia turut memberi jaminan bahawa pihak mereka memandang serius terhadap kewujudan iklan tersebut.

"Terima kasih kerana memaklumkan kepada kami kerana kami mengambil serius perkara ini. Tindakan telah diambil kepada iklan di atas dan laporkan kepada kami jika menemui iklan sama," tulis pengendali Twitter Shopee.

Semakan mendapati posting asal iklan itu juga gagal ditemui, dipercayai telah disekat oleh pihak berkaitan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain