suria

Ustaz lamar murid usia 14 tahun dituduh pedofilia, si isteri mengaku nakal tetap pertahan suami... pakar kata ada 6 tahap sexual grooming

Remaja perempuan mengakui suaminya berjumpa ibu ketika dia masih di tingkatan 2.

ADAKAH perkahwinan bawah umur merupakan takdir ataupun ia sememangnya jodoh seorang kanak-kanak?

Bagaimanapun pada 22 Mac, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyatakan tiada ketetapan dan perancangan untuk mengharamkan perkahwinan bawah umur pada masa ini, namun cuba membendungnya menerusi Pelan Strategik Nasional Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur.

Susulan kenyataan bertulis di Dewan Rakyat itu, remaja perempuan berusia 19 tahun 'diserang' selepas videonya berkahwin dengan seorang guru bergelar ustaz dari sekolah yang sama tular di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada perancangan mengharamkan perkahwinan bawah umur - KPWKM

Menerusi perkongsian video, remaja terbabit memaklumkan bahawa cikgunya itu pernah menyatakan hasrat untuk menjadikan isteri ketika dia baru berusia 14 tahun.

Malah ketika itu, dia menjawab 'saya bawah umur lagi, ustaz kena tunggu sampai saya 17 tahun dulu boleh? Ustaz jumpa ibu dan ayah saya dulu'.

Difahamkan, selepas menerima pelbagai komen negatif dan kritikan daripada warganet, dia menjelaskan bahawa dia mengenali suaminya itu pada 2015.

Remaja perempuan mengakui suaminya berjumpa ibu ketika dia masih di tingkatan 2.

Remaja perempuan mengakui suaminya berjumpa ibu ketika dia masih di tingkatan 2.

"Saya minta maaf pada semua, saya kenal suami saya memang pada 2015 tapi masih sebagai seorang ustaz dan anak murid.

"Pada 2017 saya di tingkatan dua dan dia sendiri yang jumpa mak saya waktu mak hantar adik ke sekolah. Adik saya anak murid suami.

"Saya dulu seorang budak yang sangat nakal sampai mak saya pun tak tahu nak cakap apa. Alhamdulillah salah satu tujuan suami adalah untuk mengubah diri saya.

Remaja tersebut menjelaskan isu perkahwinannya selepas mendapat pelbagai reaksi netizen.

Remaja tersebut menjelaskan isu perkahwinannya selepas mendapat pelbagai reaksi netizen.

"Dia banyak ajar saya macam-macam. Memang saya tidak bertudung sebagai isteri seorang ustaz tetapi saya masih lagi dalam proses untuk perbaiki diri," jelasnya di ruangan komen video tersebut.

Remaja perempuan itu juga mengakui sudah mempunyai dua cahaya mata hasil daripada perkahwinan tersebut.

Bagaimanapun, video yang dimuat naik di aplikasi TikTok itu telah dipadam malah ruangan komen akaun media sosialnya juga ditutup.

Pendedahan yang dilakukan itu menimbulkan pelbagai reaksi dan rata-rata netizen mendakwa suami remaja tersebut adalah seorang pedofilia.

Andaian umur yang dibuat netizen.

Andaian umur yang dibuat netizen.

Ia berikutan seorang netizen mengandaikan bahawa perkenalan antara kedua pasangan itu berlaku seawal umur 12 tahun manakala cikgu berkenaan berjumpa ibunya untuk hasrat perkahwinan ketika dia berumur 14 tahun.

Tidak kurang juga yang menyelar tindakan ibunya kerana tidak mengambil apa-apa tindakan ketika seorang guru menyatakan hasrat mahu melamar anak yang masih bersekolah dan di bawah umur.

Video yang dimuat naik remaja mengundang pelbagai reaksi.

Video yang dimuat naik remaja mengundang pelbagai reaksi.

"Kalau aku mak dia, ustaz datang rumah kata berkenan dekat anak makcik dan nak tunggu lagi lima tahun untuk kahwin... mahu aku parangkan."

"Ibu bapa dia lepas tangan ke ni? 'Grooming' dari umur 12 tahun."

"Ustaz ni ternyata scammer di dunia dan akhirat."

"Kanak-kanak tidak berperilaku sepatutnya, awak ajar menerusi perkahwinan?"

Memang contoh tak baik sebab orang dewasa manipulasi kanak-kanak untuk dijadikan isteri. Sebab dia tunggu budak perempuan tu dewasa dan minta restu keluarga tak bermakna cara dia approach budak itu betul. 'Child grooming' nak normalisasikan, ustaz tu pun boleh pilih yang dewasa tapi dia pilih budak untuk buat isteri.

NETIZEN

"Ni 'child grooming' la."

"Kiranya tak elok ke perkahwinan mereka? Sebab orang dah tahu ustaz ni 'grooming' budak tu, tunggu cukup umur kahwin dengan pengetahuan keluarga. Sangat memberi contoh tidak baik kepada orang luar sana."

"Memang contoh tak baik sebab orang dewasa manipulasi kana-kanak untuk dijadikan isteri. Sebab dia tunggu budak perempuan tu dewasa dan minta restu keluarga tak bermakna cara dia approach budak itu betul. 'Child grooming' nak normalisasikan, ustaz tu pun boleh pilih yang dewasa tapi dia pilih budak untuk buat isteri."

Mengambil petikan Rozanizam Zakarian dari akaun @DrRozanizam, sexual grooming bermaksud perbuatan dengan sengaja mendekati, berbaik dengan seseorang (mangsa) contohnya kanak-kanak dengan membina hubungan emosi bagi tujuan mengurangkan penolakan sebarang perilaku seksual terhadap mangsa.

Komentar yang ditinggalkan berkenaan 'sexual grooming'.

Komentar yang ditinggalkan berkenaan 'sexual grooming'.

Jelasnya lagi, isu mungkin berlaku akibat terhutang budi, harta atau tautan emosi dengan pemangsa.

"Terdapat enam peringkat sexual grooming iaitu mendapatkan sasaran (cari mangsa yang rapuh), kepercayaan (tunjuk reputasi pemangsa), mengisi keperluan mangsa (beri apa yang mangsa tidak ada), mengasingkan mangsa (ajar mangsa merahsiakan), perilaku seksual dan kekalkan penguasaan ke atas mangsa (ugutan atau suapan).

"Proses tersebut tidak berlaku dalam sehari dua dan ia adalah kesalahan di bawah Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain