suria

Kawan setaman tapi rapat mengalahkan kembar siam! Dua sekawan nikah tarikh sama, kalau boleh hamil pun nak bersama

Ijaa dan Wani gembira dapat bernikah pada tarikh yang sama.

MENGALAHKAN kembar!

Itu definisi yang paling sesuai bagi menggambarkan keakraban dua gadis jelita yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 12 Mac lalu.

Kedua-dua mereka, Nur Hafizah Zulkofli dan Siti Noor Isyazwani Ishak juga tidak menyangka ibu bapa mereka bersetuju dengan tarikh yang dipilih.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak ada geng mengidam dan bercerita sebab hamil serentak dengan ibu! Bapa paling happy dapat anak, cucu beza umur cuma 12 hari

ARTIKEL BERKAITAN: Buat perjanjian ‘kita kurus baru kahwin’ demi busana idaman, hanya GF berjaya kurus dalam sebulan! Pakwe disindir tak sama-sama berkorban

Memulakan cerita kepada mStar, Hafizah memberitahu, persahabatan mereka terjalin sejak kecil kerana tinggal dalam kawasan perumahan yang sama di Taman Kenari Kulim, Kedah.

"Pada masa tu, kami berdua baru darjah satu. Wani datang rumah saya untuk beraya jadi sebab nak dapatkan duit raya juga, saya pun ikut dia sekali... tapi semasa kecil kami tidak rapat sangat.

"Masa ni selalu jumpa tapi hubungan tidak rapat macam 'bestie'.

"Mula rapat dan akrab semasa di sekolah menengah sebab duduk dalam kelas yang sama dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Bermula dari situ, segala yang ada mesti sama seperti beg sekolah, baju, kasut dan pelbagai lagi.

"Kalau ke mana-mana pun kami akan pergi berdua sehinggalah ada yang menggelarkan kami sebagai kembar. Yelah dia ketua kelas dan saya adalah penolong, jadi selalu buat kerja bersama-sama seperti tolong cikgu dan urus kelas.

"Dalam tempoh ini, kami ada juga bergaduh tapi tak berpanjangan sebab hal-hal remeh sahaja... gaduh sekejap lepas tu baik balik," ujarnya yang bersekolah di Sekolah Menengah Taman Kenari, Kulim.

Sering melakukan aktiviti bersama termasuk memakai pendakap gigi.

Sering melakukan aktiviti bersama termasuk memakai pendakap gigi.

Bercerita lanjut, ujarnya, hubungan persahabatan antara dia dan Wani sedikit renggang selepas tamat tingkatan 5 kerana masing-masing ingin mengejar impian.

Bagaimanapun, katanya yang lebih mesra dipanggil Ijaa, mereka masih saling menghubungi dalam tempoh itu cuma tidak serapat seperti zaman persekolahan.

"Kami kembali rapat semula semasa masing-masing sudah memasuki alam pekerjaan, dia kini jadi make-up artis manakala saya membina bisnes sendiri. Saya dan Wani akan selalu keluar bersama-sama dan saling menghubungi sebab itu kami mengetahui perkembangan antara satu sama lain.

"Tingkah laku yang sering dilakukan semasa zaman sekolah juga terbawa-bawa hingga sekarang, mesti akan ada benda yang nak beli sama seperti jenama tudung dan rawatan pergigian. Kalau keluar berdua, saya dan Wani akan pakai warna baju yang sama

Bersama-sama menjadi bridesmaid rakan.

Bersama-sama menjadi bridesmaid rakan.

"Pertunangan pun dilakukan dalam tempoh masa yang berdekatan... mula-mula saya bertunang pada 12 Disember, dua minggu kemudian dia pula bertunang. Pendek kata, Wani sentiasa ada bersama saya ketika susah dan senang, sedih mahupun gembira.

"Sebab itu kami berdua boleh nikah pada tarikh yang sama. Kalau ikutkan nikah tu cuma cakap-cakap sahaja, saya tak sangka boleh dapat tarikh sama atas persetujuan keluarga.

"Mungkin sebab berkawan dari kecil jadi keluarga dia pun dah macam keluarga saya dan begitu sebaliknya. Dia panggil mak abah saya dengan panggilan sama, begitu juga saya panggil kedua orang tuanya," katanya yang berasal dari Kulim.

Pernah kami berdua pergi ke pusat beli-belah, ada juruwang tu tegur dan bertanya sama ada kami berdua ni 'adik dan kakak'. Baru-baru ni pula, kami berdua demam... hari ni saya demam, esoknya dia cakap demam juga.

NUR HAFIZAH

"Keputusan yang dibuat itu membolehkan kami merancang majlis pernikahan bersama-sama termasuk busana dan waktu ke pejabat agama. Urus borang nikah pun bersama-sama, cuma majlis tidak dapat dilakukan pada tarikh yang sama," ujarnya yang kini berusia 24 tahun.

Mengimbau kenangan manis bersama, katanya, terlalu banyak memori dicipta bersama sahabat karib sehinggakan teman lelakinya ketika itu turut menjadi akrab dengan teman lelaki Wani.

"Sering keluar bersama menyebabkan 'geng' lelaki turut berkawan baik sehingga sudah bergelar suami.

"Pernah kami berdua pergi ke pusat beli-belah, ada juruwang tu tegur dan bertanya sama ada kami berdua ni 'adik dan kakak'. Baru-baru ni pula, kami berdua demam... hari ni saya demam, esoknya dia cakap demam juga," tambahnya.

Suami masing-masing turut menjadi 'bestie'.

Suami masing-masing turut menjadi 'bestie'.

Menurutnya yang mempunyai bisnes sendiri, sahabatnya juga sering membuat kejutan dan memberi hadiah pada hari jadi sehingga kadang-kadang dia merasakan kehidupan tidak lengkap jika tidak menghubungi 'kembarnya' itu.

Malah katanya, selepas bernikah pada tarikh yang sama, mereka juga menyimpan hasrat untuk hamil bersama.

Wani menghadiri Majlis Persandingan Ijaa yang dilangsungkan selepas pernikahan manakala dia mengadakan majlis pada keesokan hari.

Wani menghadiri Majlis Persandingan Ijaa yang dilangsungkan selepas pernikahan manakala dia mengadakan majlis pada keesokan hari.

"Tak harap pun, tapi kalau ada rezeki mana nak tahu kan. Selalu juga melawak dengan dia pasal ni, selepas bertunang pada Disember tahun lalu," luahnya gembira.

Kisah menariknya bersama Wani yang dikongsikan dalam video pendek menjadi tular di TikTok sehingga ditonton lebih 2.4 juta pelayar selain dikongsi hampir 10,000 pengguna dan mendapat kira-kira 14,700 komentar dari warganet.

Kebanyakan mereka memberi reaksi gembira dan berharap turut berpeluang melakukan pernikahan bersama dengan rakan karib masing-masing.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain