suria

Buat perjanjian ‘kita kurus baru kahwin’ demi busana idaman, hanya GF berjaya kurus dalam sebulan! Pakwe disindir tak sama-sama berkorban

Nisa berjaya mencapai matlamatnya dalam tempoh satu bulan.

INGIN tampil cantik dan menawan dalam busana pengantin di hari bahagia, pastinya menjadi idaman setiap gadis.

Malah disebabkan itu, ramai yang sanggup membahayakan diri dengan mengambil produk kurus tanpa memikirkan risiko yang bakal dialami.

ARTIKEL BERKAITAN: Jurugambar mengeluh ada halangan, gangguan tak patut wujud ketika rakam detik bersejarah pengantin

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal pengantin monyok fikirkan jari tak cantik masa nikah, sekali wali jadi penyelamat... saat akhir hadir pakaikan inai!

Begitu jugalah impian Nur Nisahany Rusle yang mahu tampil menawan dan mempunyai bentuk badan ideal di hari persandingannya suatu hari nanti.

Bagaimanapun gadis berusia 25 tahun ini memilih jalan selamat untuk kurus dan sihat.

Menceritakan setiap episod yang dilaluinya kepada mStar, ujar anak kelahiran Kulim, Kedah ini, dia mengambil masa hanya kira-kira satu bulan untuk mendapatkan bentuk badan ideal.

"Impian saya nak pakai gaun yang fit body masa berkahwin nanti. Teman lelaki Muhammad Farhan Zulkeffle jenis yang jujur jadi dia tegur kerana bentuk badan pada masa itu tidak sesuai untuk pakai baju tu.

"Jadi, sebagai dorongan, dia cakap, 'kita kurus, baru kahwin'.

Nisa dapat memakai busanan idaman di majlis pertunangannya.

Nisa dapat memakai busanan idaman di majlis pertunangannya.

"Kami berdua sasarkan untuk kurus. Tapi saya kurus dulu sebelum majlis pertunangan, dia dapat kurus sikit dan masih berusaha keras untuk kurus lagi.

"Berat saya sebelum ini 62kg (kilogram) dan sekarang sudah mencapai sasaran antara 42 hingga 44kg. Masa tu, boleh nampak bahagian pipi, boroi, ada spare part juga kat belakang dan paha besar.

"Jadi tak muat nak pakai gaun yang diimpikan walaupun hanya majlis tunang," ujarnya yang mencapai berat sasaran pada pertengahan bulan Disember tahun lalu.

Berbanding sebelumnya, Nisa tidak lagi malu untuk memuatnaik gambarnya di media sosial.

Berbanding sebelumnya, Nisa tidak lagi malu untuk memuatnaik gambarnya di media sosial.

Berkongsi teknik untuk mendapat badan idaman, ujarnya yang juga usahawan kosmetik, dia mengamalkan pemakanan sihat serta yoga yang dipelajari melalui YouTube.

Malah katanya yang mesra disapa Nisa, sebagai pengusaha produk kosmetik Nisoo Beauty HQ, dia hanya mempunyai produk kecantikan muka seperti pelembab sahaja.

"Saya tidak menjual apa-apa produk kurus tapi saya kurus hasil pengambilan tester supplement dari kilang saya. Selain itu, saya juga mengamalkan yoga dan mengikuti senaman ringkas tanpa alatan gym yang ditonton melalui YouTube... seminggu sekali sahaja.

Agensi juga pernah cakap 'gemuk out' dan sejak itu mereka tak ambil saya sebagai model.

NUR NISAHANY RUSLE

"Selain itu, saya mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit. Makan tiga hingga empat kali juga sehari tapi perlu menjaga jumlah pengambilan. Saya juga banyak minum air suam," ceritanya lanjut.

Menurut pelajar Diploma Pengoperasian Perniagaan itu lagi, badannya mula berisi ketika dia mula mengenali tunangnya yang juga berasal dari Kulim.

"Dulu tubuh kurus dan saya pernah menjadi model. Tapi selepas mengenali tunang, badan saya menjadi semakin berisi.

"Disebabkan itu, kerja sambilan sebagai model terjejas. Agensi juga pernah cakap 'gemuk out' dan sejak itu mereka tak ambil saya sebagai model.

Nisa kini memiliki bentuk badan idamannya.

Nisa kini memiliki bentuk badan idamannya.

"Terkesan dari situ juga sebenarnya yang saya nekad untuk kurus semula walaupun mulut tak pernah nyatakan ingin kurus," jelas anak sulung daripada tiga adik beradik itu.

Perubahan yang berlaku itu mendorongnya memuat naik video di aplikasi TikTok sehingga ia menjadi tular dan ditonton lebih 698,000 pelayar selain mendapat 65,000 tanda suka.

Bagaimanapun, Nisa dikecam warganet kerana tunangnya masih kelihatan berisi berbanding dirinya yang sudah kurus.

"Tak adil la, kenapa perempuan sahaja yang kena turut semua, nampak sangat lelaki semua nak dia saja yang betul," luah salah seorang netizen.

Antara komen netizen yang mengecam video Nisa.

Antara komen netizen yang mengecam video Nisa.

"Bang kenapa tak ikut masuk dalam gym," ujar seorang lagi netizen.

"Perempuan sahaja yang kena berkorban," aju seorang lagi warganet.

Justeru, Nisa memaklumkan, ramai yang salah faham dengan videonya itu dan menganggap dia dipaksa kurus walhal mereka berdua sama-sama berusaha tetapi lelaki sukar mendapat berat idaman dalam tempoh yang singkat.

Tambahan pula, katanya, majlis pertunangan dilakukan secara mengejut tanpa perancangan rapi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain