suria

Seronok di pantai, tiba-tiba kaki sakit dan kebas! Jangan panik... doktor, penyelam kongsi apa perlu buat jika terpijak landak laut

Dr Mohamad Reza berkongsi rawatan awal sekiranya tertusuk duri landak laut. Foto: Chenangclinic/ media sosial

KETIKA ini ibu bapa pastinya mengambil kesempatan membawa anak-anak beriadah dan melakukan pelbagai aktiviti sempena musim cuti sekolah.

Sudah semestinya kawasan pantai menjadi antara lokasi pilihan kerana pelbagai aktiviti dapat dilakukan seperti berkelah, bermain sukan air dan mandi manda.

Namun dalam keseronokan bermain di pantai, ada bahaya yang menanti.

ARTIKEL BERKAITAN: Awas bawa anak mandi pantai musim cuti sekolah, ‘otai’ kongsi petua mudah jika kulit terkena obor-obor... jenis kedua bahaya!

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis kongsi kisah terjatuh masa parasailing, tak siapa tahu dapat sekali ‘pakej’ tali belit kaki, disengat obor-obor - “Saya nampak bot senget, sepupu pejam mata”

Kehadiran spesies hidupan laut seperti landak laut di gigi air pantai adakalanya tidak disedari namun siapa sangka, sekali terkena tusukan durinya, bisa racunnnya mampu membuatkan seseorang tidak lena tidur.

Terpanggil untuk mengingatkan orang ramai, seorang pengamal perubatan tampil berkongsi tip atau kaedah rawatan awal jika seseorang terkena duri tusukan haiwan tersebut.

"Landak laut ni selalunya ia duduk di gigi air. Bila kita berjalan, tak sedar kita terpijak.

"Kalau terpijak landak laut, pertamanya jangan panik. Cabut semua duri-durinya. Kalau tajam, gunakan kain untuk cabut. Duri-duri yang lekat tu juga kita boleh cabut guna tweezer. Cabut satu-satu dan cuci.

landak baru 1

Kesan tusukan duri landak laut. Foto: Media sosial

"Kemudian, kita rawat luka itu dengan iodin dan disinfectant (pembasmi kuman) seperti luka biasa. Boleh beli iodin dan disinfectant di farmasi," ujar Dr Mohamad Reza Abd Rahman dari kumpulan Klinik Chenang menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok.

Tambah Dr Mohamad Reza, kawasan luka juga boleh dicuci terlebih dahulu dengan sabun sehingga bersih sekiranya ketiadaan iodin atau pembasmi kuman.

"Duri-duri landak laut selalunya susah untuk nak dibuang, kita boleh biarkan saja dulu. Yang penting kita cuci dan rawat luka itu hari-hari.

"Duri yang ada pada kulit kita akan keluar sendiri bila kulit baharu tumbuh. Tak perlu cabut satu-satu. Yang penting, kena jaga kebersihan luka tersebut," ujarnya.

Sesetengah landak laut, jika terpijak ia akan menyebabkan kesakitan yang sangat-sangat. Untuk kes seperti ini, boleh jumpa doktor terus.

DR MOHAMAD REZA

Tambah doktor ini, dalam waktu yang sama, kawasan luka juga perlu dipantau sekiranya mempunyai tanda-tanda jangkitan, kemerahan atau bernanah. Kalau ada, terus ke klinik bertemu doktor.

"Sesetengah landak laut, jika terpijak ia akan menyebabkan kesakitan yang sangat-sangat. Untuk kes seperti ini, boleh jumpa doktor terus untuk dapatkan ubat tahan sakit dan cuci luka," katanya lagi.

pantai

Pengunjung yang beriadah di pantai dinasihatkan untuk berwaspada dibimbangi terpijak landak laut.

Dalam satu perkongsian yang lain, seorang penyelam memberikan tip yang mana mangsa perlu mengetuk kawasan yang terkena tusukan duri landak laut sehingga ia mengeluarkan darah.

"Ia terasa seperti terkena karan (elektrik) kejap. Kebas dalam dua hingga tiga minit. Tapi selagi benda itu ada dalam kaki, sakitnya berterusan. Ketuk di kawasan terkena duri sampai keluar sikit dasar," katanya.

Menjengah ruangan komen, rata-ratanya menyatakan keterujaan kerana dapat mempelajari sesuatu yang baharu hasil perkongsian petua oleh doktor dan penyelam tersebut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain