suria

Pengantin lelaki menggigil terpaksa solek isteri sendiri sebelum bersanding, selesai majlis terima mesej tak disangka-sangka!

Zairil terpaksa menyolek isterinya semasa majlis kahwin mereka.

SETIAP pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan tidak terlepas daripada berdepan masalah sama ada kecil atau besar.

Semakin dekat majlis kahwin, pengantin dan ahli keluarga akan berdebar bimbang memikirkan sekiranya berlaku perkara tak diingini sehingga menjejaskan perancangan yang dibuat.

ARTIKEL BERKAITAN: Minat mekap sejak kecil, pemuda ini buat ibunya terkejut selepas tunjuk hasil solekan pertama - "Tak berani minta ma ajar, saya kan lelaki"

ARTIKEL BERKAITAN: Memukau! Jurusolek tunjuk skil 'make-up', wajah saling tak tumpah seperti Shah Rukh Khan

Mohd Zairil Izzaq Zainudin yang bernikah dengan Nurin Saffa Ali Menawar pada 26 Februari lalu turut berdepan ujian menjelang hari bahagia mereka.

Menurut jejaka berusia 29 tahun ini, mereka telah diberitahu bahawa jurusolek yang diupah tidak dapat hadirkan diri untuk menjalankan tugas kerana positif Covid-19.

"Sehari sebelum majlis, kami dapat tahu MUA (Make-up Artist) yang sepatutnya mekap isteri saya tu positif Covid-19. Jadi masa tu jadi kelam kabut jugalah nak cari MUA ganti.

"Kami usaha juga cari pengganti tapi ramai yang tak available dan kalau ada pun mereka tak cover area kami kahwin dekat Kuantan.

"Pening kepala fikir siapa yang patut make-up dia sebab dah last minute. Tapi petang tu isteri saya decide suruh saya solekkan dia. Sebelum ni memang saya aktif sebagai freelance MUA tapi sejak pandemik lebih kurang dua tahun juga saya tak solek orang," jelasnya yang mesra disapa Zairil.



Pasangan ini telah bersanding pada 26 Februari 2022 di Kuantan, Pahang.

Bercerita lanjut, Zairil yang kini bekerja sendiri ini pada mulanya enggan untuk menyolek wajah isterinya sempena hari istimewa mereka.

Jelas Zairil, dia tidak begitu yakin dan bimbang memikirkan hasilnya jika pengantin perempuan yang juga isterinya disolek oleh seseorang yang sudah lama bersara.

"Mula-mula saya tak setuju sebab nak tengok hasil kerja orang lain dekat muka dia. Sebabnya masa bercinta dulu memang saya selalu juga mekap dia untuk pergi event atau dinner.

Look untuk majlis bertandang tu pun natural je sebab saya memang minat make-up jenis tak over sangat. Tak sangka masa majlis tu ramai yang puji dan tanya siapa yang mekap.

ZAIRIL

"Jadi nak tak nak, terpaksa pegang berus make-up balik. Masa tu, menggigil jangan cakap! Sebab tak tahu hasilnya macam mana. Saya reda je muka bini jadi experiment sekali lagi.

"Kebetulan isteri saya memang bawa beg barangan alat solek dia ke mana-mana. Sebelum ni barang make-up dia tak lengkap pun tapi sejak dia belajar make-up dengan saya, slowly dia kumpul alat-alat make-up sendiri," ujarnya.

Menurut jejaka yang membuka restoran sendiri, Belgian Station ini, walaupun sudah lama meninggalkan profesion sebagai jurusolek, dia lega kerana hasil sentuhannya tetap menjadi.

Tambah Zairil, dia sudah setahun lebih tidak memegang berus solekan sejak bermulanya pandemik.



Zairil akui selalu menyolek isterinya sendiri untuk sebarang majlis dan acara sebelum ini.

Malah, dia juga sudah menghentikan kerjayanya dalam bidang maritim selepas pandemik, lalu mengambil keputusan menceburi bisnes makanan.

Menurut Zairil lagi, ramai yang terkejut serta memuji 'look' isterinya pada ketika itu sehingga dia menerima mesej untuk tempahan make-up majlis kenduri.

"Alhamdulillah masa majlis semua berjalan lancar. Look untuk majlis bertandang tu pun natural je sebab saya memang minat make-up jenis tak over sangat. Tak sangka masa majlis tu ramai yang puji dan tanya siapa yang mekap.

"Ramai jugalah terkejut bila dapat tahu saya yang buat. Sebab ada je yang tak tahu saya boleh mekap. Nasiblah tangan ni masih berseni lagi. Paling terkejut ada yang DM (direct message) tanya pasal make-up nak booking tapi tu saya pun dah lama tak buat mekap ni jadi terpaksa tolak.

"Lagipun saya punya barang mekap memang dah tak ada. Nasiblah isteri bawa dari KL ke Kuantan. Saya duduk Kuantan sekarang sebab berniaga tapi isteri pula kerja di KL. Jadi kami PJJ (perhubungan jarak jauh) saja. Saya ulang alik setiap minggu ke KL jumpa isteri," katanya.



Jejaka ini menyolek isterinya dengan 'natural look' untuk majlis persandingan mereka.

Jejaka ini turut menjelaskan semasa menjadi jurusolek dahulu dia hanya dikenali dalam kalangan kawan-kawan rapat dan pengikut di Instagram miliknya sahaja.

Namun, kini dia sudah bersara dalam bidang itu dan membuka sebuah restoran berkonsepkan medan selera yang menempatkan gerai-gerai kecil menjual masakan panas, makanan barat, satay dan mi kari di Sungai Isap, Kuantan, Pahang.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain