suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada perancangan mengharamkan perkahwinan bawah umur - KPWKM

Tiada perancangan untuk mengharamkan perkahwinan bawah umur.

KEMENTERIAN Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyatakan tiada ketetapan dan perancangan untuk mengharamkan perkahwinan bawah umur pada masa ini.

Bagaimanapun katanya, kerajaan tetap komited untuk membendung perkahwinan bawah umur dengan melaksanakan program di bawah Pelan Strategik Nasional Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur.

Tambahnya, perkahwinan bawah umur bukan sahaja perlu ditangani melalui perubahan perundangan tetapi juga melalui pendidikan, advokasi, kesihatan, pengukuhan institusi keluarga dan sokongan sosioekonomi.

"Pada masa sama, jawatankuasa pemandu yang ditubuhkan akan terus memantau pelaksanaan dan pembangunan program yang dirangka," katanya. - The star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain