suria

Tubuh syarikat, akaun bank baharu... isteri pegawai bank Goldman Sachs didakwa 'cuci' duit 1MDB

Pegawai Bank Goldman Sachs dikatakan membuka syarikat dan akaun bank baharu untuk 'mencuci' duit.

ISTERI bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc Roger Ng, membina sebuah syarikat dan membuka akaun bank yang menurut pendakwa ia digunakan untuk membantu 'mencuci' wang sogokan haram daripada pembiaya Malaysia Jho Low.

Juri diperbicaraan rasuah Ng menerima e-mel pada hari Isnin yang dikatakan sebagai bukti bahawa isteri Ng, Hwee Bin Lim, memainkan peranan penting dalam membantu suaminya mencuci bayaran haram daripada trio urus niaga bon yang direka oleh Goldman Sachs untuk dana negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

ARTIKEL BERKAITAN: Leissner bantu dapatkan tugas pelatih di firma London, Nooryana akui gadis kopi, PowerPoint

ARTIKEL BERKAITAN: Pendedahan Tim Leissner terus jadi perhatian, Anwar kemuka usul supaya dibahaskan di Dewan Rakya

Bagaimanapun Lim tidak didakwa manakala Ng dituduh bersubahat dengan bekas bosnya Tim Leissner, untuk membantu Low memperoleh berbilion dolar daripada perjanjian itu.

Ng adalah satu-satunya jurubank Goldman Sachs yang dibicarakan dalam skandal itu dan Leissner telah mengaku bersalah kerana bekerjasama dengan kerajaan terhadap Ng.

Difahamkan, ejen khas dengan Biro Penyiasatan Persekutuan Sean Fern akan memberi keterangan pada Isnin berhubung pertanyaan Lim tentang penubuhan syarikat berkenaan iaitu sehari sebelum perjanjian bon 1MDB pertama ditutup.

Menurut Fren syarikat itu, pada mulanya dinamakan Silken Waters dan kemudian dinamakan semula sebagai Victoria Square yang dibuka bersama-sama dengan akaun bank di UBS Group AG, hanya beberapa hari selepas perjanjian bon ditutup.

Fern berkata dia telah mengesan e-mel yang menunjukkan bahawa jurubank berkomunikasi dengan Lim mengenai Victoria Square dan akaun UBS yang mana ibu Lim, Tan Kim Chin, disenaraikan sebagai pemilik berkepentingan syarikat. - The star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain