suria

Love Scam: Balu rugi RM3.9 juta, terpedaya janji manis lelaki kacak

Sorang wanita kerugian hampir RM3.9 juta selepas ditipu sindiket Love Scam.

SEORANG balu mengalami kerugian hampir RM3.9 juta selepas ditipu sindiket 'Love Scam', kata Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Beliau berkata, mangsa berkenalan dengan seorang lelaki menerusi laman Instagram, yang berjanji untuk menjaga mangsa sehingga akhir hayatnya.

Wanita berusia 63 tahun itu telah melakukan 184 transaksi wang ke akaun bank suspek selama empat bulan.

ARIKEL BERKAITAN: Hangus RM16,000! Tertarik dapat habuan lumayan, jejaka ini pinjam mak ayah labur sejumlah wang... padahnya scammer lesap

"Mangsa memindahkan wang beberapa kali ke 19 akaun bank yang berbeza. Pindahan terendah ialah RM9,000 dan jumlah tertinggi ialah RM50,000.

"Wang itu adalah milik mendiang suami mangsa dan wang simpanannya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, pada Isnin.

Mohd Shuhaily menambah, mangsa menyedari ditipu ketika melayari Internet dan melihat gambar yang biasa dikongsi mangsa bersamanya.

"Lelaki itu berkongsi gambar dirinya dan juga video dia di tempat kerja.

"Dia berwajah kacak dan berjaya dalam kerjayanya.

"Gambar-gambar yang dihantar kepada mangsa disunting daripada gambar yang didapati di Internet," katanya.

Sehubungan itu, Mohd Shuhaily menggesa orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan tidak terjebak dengan penipuan 'Love Scam'," katanya. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain