suria

Kemalangan dua kereta sedan.. empat maut, seorang rentung

Kereta Nissan Almera terbakar 90 peratus.

KEMALANGAN dua buah kereta jenis sedan dalam laluan yang sama di Kilometer 58.2 Lebuhraya Utara Selatan, Pendang Kedah awal pagi Isnin mengakibatkan empat maut dengan salah seorang daripadanya rentung.

Difahamkan, mangsa rentung merupakan seorang lelaki.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon berkata, pihak bomba menerima panggilan melalui sistem MERS 999 pada jam 2.22 pagi mengenai kebakaran dua buah kereta akibat kemalangan jalan raya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mayat rentung ditemui dalam kereta di ladang kelapa sawit

ARTIKEL BERKAITAN: Selamat tinggal Misha Kasih... budak perempuan umur 11 tahun rentung dalam kebakaran ketika nyenyak tidur


Katanya, anggota daripada balai berhampiran diarahkan segera ke lokasi untuk menjalankan operasi menyelamat.

"Sebaik tiba di lokasi, didapati kemalangan membabitkan kereta Proton Wira dan sebuah kereta Nissan Almera yang terbakar 90 peratus.
"Kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya pada jam 2.56 pagi dan terdapat seorang mangsa yang rentung dalam kenderaan terbabit," katanya pada Isnin.

Menurutnya, mangsa pertama iaitu pemandu Proton Wira berjaya dikeluarkan pada jam jam 4.07 pagi dan disusuli mangsa kedua pada jam 4.28 pagi.

"Mangsa ketiga berjaya dikeluarkan pada jam 5.43 pagi dan kesemua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Sayani menambah, berdasarkan penilaian awal, mangsa yang rentung dipercayai lelaki, namun identitinya belum dapat dikenal pasti setakat ini. - Sinar harian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain