suria

Kit Siang buat kejutan, umum bersara... video kerjaya politik, jambangan bunga iringi persaraan

Kit Siang menerima hadiah jambangan bunga. foto KK SHAM/The Star

VIDEO perjalanan kerjaya politik dan hadiah jambangan bunga menyaksikan persaraan veteran DAP, Lim Kit Siang dalam arena politik.

Beliau membuat kejutan itu dengan mengumumkan persaraannya pada Kongres Kebangsaan DAP Ke-17 di Shah Alam, Ahad.

Kit Siang telah berada dalam DAP selama 56 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Kit Siang tak minat!

Ahli Parlimen Iskandar Puteri berusia 81 tahun itu berkata, beliau mengesahkan tidak akan bertanding bagi jawatan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) pada kongres.

Selain itu, beliau juga tidak akan mempertahankan kerusi parlimennya.

Kit Siang mengumumkan persaraannnya dari arena politik. foto KK SHAM/The Star

Kit Siang mengumumkan persaraannnya dari arena politik. foto KK SHAM/The Star

Bagaimanapun, namanya tersenarai sebagai calon dan perwakilan masih boleh mengundi beliau sekiranya mereka mahu.

"Saya melihat bagaimana parti kita telah berkembang dari sebuah parti pembangkang kecil yang mengambil bahagian pertama kali dalam Pilihan Raya Umum (PRU) pada 1969 menjadi parti politik utama dalam gabungan Pakatan Harapan yang memenangi PRU ke-14 pada 2018.

"Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini bagaimanapun, merupakan satu peringatan yang penting bahawa impian Malaysia merupakan sebuah negara bersatu padu, demokratik, adalah perjuangan politik jangka panjang, dengan banyak pasang surut.

"Walaupun begitu, kita mesti kekal dalam objektif kita dan tidak sekali-kali berkompromi dengan prinsip dan cita-cita kita," katanya.

"Belum pernah lagi dalam sejarah DAP, semangat perpaduan, setiakawan, komitmen dan keazaman menjadi begitu penting dalam usaha kita untuk merealisasikan impian Malaysia.

"Perjuangan untuk impian Malaysia mesti diteruskan tetapi ini terletak di tangan anda," katanya. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain