suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selamat tinggal Misha Kasih... budak perempuan umur 11 tahun rentung dalam kebakaran ketika nyenyak tidur

Misha Kasih dikatakan sedang tidur di salah sebuah bilik ketika kejadian berlaku.

AIR mata laju mengalir tatkala mengenangkan pemergian si kecil ini dalam keadaan yang cukup tragis.

Misha Kasih, 11, rentung dalam kebakaran yang berlaku di sebuah kilang pembuatan getah sintetik di Kawasan Perindustrian Bakar Arang di Sungai Petani, Kedah.

ARTIKEL BERKAITAN: Tengok dan rakam tak dapat selamatkan mangsa, doktor ini kongsi cara bantu mangsa kebakaran

Kejadian berlaku kira-kira jam 4.11 pagi, Jumaat

Kanak-kanak warganegara Indonesia itu merupakan anak angkat majikan dan dikatakan sedang tidur di salah sebuah bilik di tingkat atas premis berkenaan ketika kejadian.

Turut bermalam di beberapa bilik dalam kilang sama, lima ahli keluarga majikan dan dua pekerja termasuk seorang warganegara Bangladesh.

Bagaimanapun, tujuh yang lain terselamat dalam kejadian berkenan. - Sinar Harian.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia