suria

Penumpang e-hailing viralkan kisah dibawa ke tempat gelap, pemandunya buat laporan polis... akui salah laluan

Pengadu berkogsi kisah itu menerusi laman Facebook.

SEORANG wanita panik apabila pemandu kenderaan e-hailing yang dinaikinya didakwa mengubah haluan secara tiba-tiba ke lokasi yang tidak dapat dipastikan.

Dakwa Siti Kamalia, kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan dari Desa Jati Fasa 1, Nilai, ke Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Batang Benar pada Jumaat malam.

"Assalamualaikum semua tolong berhati-hati sesiapa yang selalu naik Grab malam. Semalam saya dari Desa Jati Fasa 1 nak ke KTM Batang Benar naik Grab.

Dua foto yang dikongsi pengadu menerusi Facebook.

"Daripada rumah baru sampai AEON Nilai, check phone dah completed (anda telah sampai) sedangkan baru lima minit keluar. Desa Jati ke KTM dalam 12 minit.

"Saya tambah perasan bila saya lalu jalan yang saya tak pernah lalui. Saya baru je tinggal kat Nilai baru dua minggu, ada dalam empat kali pulang balik naik KTM pergi rumah.

"Jadi saya dapat rasa tempat tu saya tak pernah lalu sepanjang saya di Nilai, sebab tempat tu gelap, lampu jarang-jarang dan rumah jauh-jauh," imbas pengadu.

Ceritanya lagi, dia mula berasa panik namun cuba mengawal emosi dengan menghubungi pihak Grab melalui sistem chat untuk memantau perjalanannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir kena tinggal tepi jalan, pemuda ini bikin pemandu e-hailing hilang sabar... Leka main telefon tak tolong pantau laluan

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu e-hailing cakap loghat Kelantan maki hamun pelanggan, wanita trauma terpaksa ‘tadah telinga’ dengar cacian

Kata pengadu, dia yang sudah tidak tahan akhirnya terpaksa meninggikan suara serta mempersoalkan tindakan pemandu lelaki yang membawa kenderaan mengikut jalan yang tidak sepatutnya.

"Saya chat Grab tolong minta pantau perjalanan saya. Tapi Grab pun awal-awal macam tak faham sebab perjalanan saya dah completed, jadi mereka minta details yang betul-betul.

"Saya call Grab start dari AEON tu sampai lintas Petronas Pekan Nilai je saya terus tinggikan suara kat driver tu. You nak pergi mana? Kenapa you tekan completed (selesai) sedangkan kita tak sampai lagi," imbas wanita itu.

Ya Allah benda yang aku paling takutkan akhirnya terjadi betul-betul, terima kasih telah selamatkan aku Ya Allah.

MANGSA

Menurut pengadu, pemandu berkenaan kemudiannya memberi alasan bahawa dia menggunakan laluan lain untuk pergi mengisi petrol di sebuah stesen minyak.

Pengadu yang ketakutan akhirnya meminta agar dia diturunkan segera sebelum kenderaan itu berpatah balik ke Petronas berdekatan.

"Saya tinggikan suara then saya cakap kat centre tolong call polis. Then Grab tu pusing balik turunkan saya kat Petronas Pekan Nilai. Terus dia jalan dia tak isi minyak pun," dakwa wanita itu lagi.

Selepas diturunkan, dia terus berlari masuk ke premis stesen minyak itu sebelum mendapatkan kenderaan e-hailing lain untuk menghantarnya pulang ke rumah.

grab 4

Wanita itu mendakwa pemandu menggunakan laluan yang tidak sepatutnya. (Gambar Hiasan)

Dalam perkongsian panjang lebar di Facebook, wanita itu mendakwa dia diajukan pelbagai soalan oleh pemandu berkenaan sehingga menyebabkan dia tidak selesa.

"Masa saya naik dari rumah ke KTM tu dia tanya saya macam-macam. Sampailah dia kata ke KTM nak pergi mana saya cakap je ke Seremban padahal saya nak ke Kajang. Sambil dia tanya tu dia buka lampu tengok saya tapi saya tak tengok, lepas tu dia off. Saya mula rasa tak selesa masa tu.

"Saya dah panik sangat dan nangis, saya terus buka pintu lari lepas tu saya sempat ambil gambar nombor pendaftaran kenderaan dia sebab kat aplikasi Grab nombor pendaftaran dah tak boleh nampak. Saya terus lari masuk ke stesen minyak Petronas dan saya jelaskan kat Grab centre apa yang terjadi then mereka suruh saya tempah lagi Grab untuk sambung perjalanan," katanya.

Imbas pengadu lagi, dia lega kerana akhirnya dapat pulang dengan selamat selepas dijemput oleh seorang pemandu e-hailing wanita.

grab3

Kisah kejadian itu dikongsi menerusi Facebook. (Gambar Hiasan)

"Kali ketiga saya order baru saya dapat perempuan Melayu. Then saya pun beritahu perempuan tu tolong lock pintu selepas saya masuk. Saya beritahu driver perempuan tu saya sikit nak kena culik. Saya tanya driver perempuan tu, ini bukan jalan ke KTM Batang Benar kan? Then dia cakap 'bukan' tambah deras air mata saya keluar.

"Biasanya bila saya naik Grab saya terus masukkan phone ke dalam beg, tapi malam tu saya bersyukur sangat saya pegang je phone tu even kiri kanan ada beg. Ya Allah benda yang aku paling takutkan akhirnya terjadi betul-betul, terima kasih telah selamatkan aku Ya Allah," ujar wanita itu lagi.

Dalam posting sama menerusi group Facebook Kami Penduduk Nilai, dia berkata laporan mengenai kejadian itu juga telah dibuat, namun tidak berkongsi lanjut mengenainya.

Dalam pada itu, pemandu berkenaan turut tampil di ruangan komen posting berkenaan untuk menafikan tuduhan pengadu berserta satu laporan polis yang dibuat pada Sabtu.

Menurut pemandu itu, rakan isterinya memaklumkan kepada mereka mengenai posting pengadu di laman Facebook sebelum dia tampil membuat laporan polis untuk menyelesaikan kes berkenaan secara baik.

grab2

Pemandu itu turut membuat laporan polis pada Sabtu.

"Saya pemandu Grab jenis Perodua Myvi warna biru telah menerima seorang penumpang daripada aplikasi Grab daripada apartment Desa Jati Nilai ke KTM Batang Benar Nilai. Lalu saya terus ke apartment Desa Jati Nilai mengambil penumpang tersebut, apabila saya tanya mahu ke mana katanya mahu ke Seremban, lalu saya menghala ke Pekan Nilai dan penumpang minta saya berhenti di Petronas Jalan Besar Pekan Nilai.

"Semasa saya berhenti di Petronas saya dapati penumpang ini keluar daripada kereta sambil mengambil gambar kereta saya dan berlalu pergi dan saya tidak tahu sebab apa sedangkan tiada apa-apa kejadian berlaku semasa saya membawa penumpang tersebut. Apabila melihat semula aplikasi Grab dan mendapati bahawa saya tersalah bawa penumpang ke laluan KTM Pekan Nilai tetapi mengikut aplikasi sepatutnya ke KTM Batang Benar.

"Tujuan saya buat laporan adalah menafikan tuduhan tersebut serta mahu selesaikan hal ini secara baik dengan penumpang tersebut dan untuk rujukan pihak Grab," ujar pemandu itu dalam laporan tersebut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain