suria

[VIDEO] ”Kecaman buat kami lebih viral” - TikToker Ratu Farah senyum baca komen netizen, katanya tarian bersama Aliff Syukri tak ‘over’

Aksi Ratu menari dikecam hebat netizen.

GARA-GARA menari sakan dalam pembikinan muzik video (MV) terbaharu lagu Datuk Seri Aliff Syukri, personaliti TikTok dikenali sebagai Ratu Farah Diva menerima kecaman hebat netizen.

Tersenyum membaca komen-komen negatif ditulis di media sosial itu, Ratu, 27, menganggap kritikan dan kecaman netizen itu sebagai sesuatu yang melucukan.

"Saya baca komen-komen kecaman netizen namun tidak pula mahu membalas semua itu... kelakar juga dengan kata-kata yang mereka lemparkan kepada saya.

ratu 2

Ratu sudah lali dengan kecaman.

"Saya sudah lali dengan kecaman sejak awal aktif di media sosial. Kalau nak masuk dunia hiburan sebegini, mental kenalah kuat. Jika takut dikecam, lebih baik buang sahaja semua akaun media sosial," katanya kepada mStar.

Sebelum ini, menerusi satu video yang dikongsi oleh Aliff menarik perhatian netizen apabila turut menampilkan Ratu Farah.

Ratu dipercayai merupakan salah seorang selebriti media sosial yang terlibat dalam pembikinan lagu baharu nyanyian usahawan itu berjudul Baby Sayang.

ARTIKEL BERKAITAN: Ratu Farah seronok hiburkan orang di TikTok, dah lama berangan jadi artis... Tak sangka ramai suka video ‘pick up line’

Sementara itu, Ratu menegaskan tarian yang dilakukan tidak keterlaluan dan hanya sekadar untuk menghiburkan penonton.

Malah, dia menganggap komen kecaman itu sedikit sebanyak membantu membuatkan video muzik lagu berkenaan menjadi lebih tular di media sosial.

"Jangan layan sangat dengan kecaman yang diberikan itu. Saya ambil yang positif sahaja. Kalau terlalu fikir nanti saya akan jadi down.

"Saya menari bukan over sangat. Ia bagi menjayakan MV lagu tersebut sahaja. Sebenarnya dengan kecaman itulah menjadikan orang-orang seperti kami ini lebih viral, jadi biarkanlah mereka nak cakap apa," jelasnya.

Jika takut dikecam, lebih baik buang sahaja semua media sosial

RATU FARAH DIVA

Sementara itu Ratu yang semakin popular dalam kalangan pengguna TikTok juga mengintai peluang untuk terjun di dunia seni.

Selain baru sahaja tampil dengan lagu cover berjudul Satu Hati Bagi Dua, kata Ratu dia juga akan melancarkan single sendiri dalam masa terdekat.

Ratu juga menyimpan hasrat untuk berlakon bersama pengarah dan pelakon Syamsul Yusof.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain