suria

Macam-macam ujian Misha Omar rakam lagu di rumah, terpaksa ‘record’ berkali-kali - “Dah nak siap... dengar bunyi kenderaan dari luar pula”

Misha tetap bersemangat merakam nyanyiannya di rumah untuk program amal akan datang.

CABARAN kerja dari rumah turut dilalui golongan selebriti antaranya Misha Omar yang berdepan pelbagai ujian ketika melakukan rakaman nyanyian di rumah.

Misha atau nama sebenarnya Samihah@ Aisah Omar yang juga salah seorang peserta program amal CovAiD #BaikSemula berkata, kediamannya berdekatan jalan raya sehingga terpaksa melakukan beberapa kali rakaman.

ARTIKEL BERKAITAN: Misha Omar mulakan rawatan kesuburan, berharap dikurniakan ‘baby girl’ - “Kalau telur masih okay, dia boleh hamil secara normal”

"Sebenarnya cabarannya besar sekali sebab selalunya kita cuma bawa instrument kita iaitu suara untuk rakam.

Misha 2

Misha sukar untuk merakam nyanyian ketika berada di rumah.

"Tapi sekarang kita susun sendiri semuanya. Saya pula tak pakai nak potong rakaman... saya kena belajar. Maknanya satu lagu tu, dari awal dan akhir.

"Bayangkan rumah tepi jalan, banyak gangguan dari bunyi kenderaan di luar. Tengah rakam lagu, masuk bunyi lain juga. Terpaksa rakam lagi sekali.

"Kadang-kadang dah nak siap rakaman lagu itu tapi terdengar, jiran bawah rumah bergaduh pula. Itulah cabarannya," kata Misha kepada mStar.

Apa saja cabaran, kita kena lakukan juga.

MISHA OMAR

PENYANYI

Misha ditemui di sesi Chillax secara maya bersama penyampai Hot FM, Haziq Hussni dan Riena Diana serta barisan artis yang terbabit menjayakan Program Amal COVAiD #BaikSemula, baru-baru ini.

Antara rakan artis yang turut hadir memeriahkan sesi Chillax itu adalah Hael Husaini, Dayang Nurfaizah, Naim Daniel, Hujan, Meer Nash, Dolla, Amir Masdi dan Shalma Eliana.

Program Amal COVAiD #BaikSemula yang akan menampilkan 43 orang artis itu bakal berlangsung menerusi akaun YouTube Hot FM, Hot TV pada 4 September depan, bermula 12 tengah malam selama 24 jam.

Misha 1

Misha antara selebriti yang akan memeriahkan program amal COVAiD.

Dalam pada itu, Misha memberitahu dia dan rakan selebriti yang lain sahut cabaran tersebut demi mengumpul dana bagi Tabung Kemanusia Media Prima-NSTP.

"Semangat artis dah lama kena kurung... kena la gigih juga. Apa saja cabaran, kita kena lakukan juga. Sebelum ini kita hanya bantu rakan terdekat.

"Tapi saya percaya dengan gabungan suara 43 artis ini, Insya-Allah kita akan cipta satu gelombang yang kuat untuk membantu," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain