suria

Tiga bulan tak kerja, Namron harap kerajaan benar semua penggambaran bukan hanya yang tertangguh - “Kami pun nak cari makan”

Namron tidak setuju dengan syarat kelonggaran untuk penggiat seni kreatif.

PELAKON Namron menganggap kelonggaran membenarkan penggambaran yang tertangguh adalah tidak adil kepada penggiat seni yang sudah tiga bulan tidak bekerja.

Namron atau nama sebenarnya Shahili Abdnan berkata, syarat yang dimaklumkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas) itu tidak membantu keseluruhan anak seni yang sudah lama hilang punca pendapatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Wajah jadi pelaris ubat kuat... Namron beri amaran peniaga tak beretika - “Ada yang gelakkan saya dan pandang negatif”

"Apabila perkara tersebut dimaklumkan oleh Finas, bukan cuma saya, malah ramai lagi penggiat seni yang berasa ia tidak wajar.

Namron 2

Namron akui sudah tiga bulan tidak bekerja.

"Semua orang nak kerja. Tapi kebenaran yang ada sekarang ini adalah bagi mereka yang terikat untuk menyambung penggambaran yang sebelum ini.

"Penggambaran yang baru tidak dibenarkan. Contoh macam saya, sepatutnya ada dua kerja penggambaran yang perlu saya buat bermula sekitar Jun lalu.

"Tapi terpaksa ditangguh lagi sebab syarat yang disebut tadi. Kami pun nak cari makan. Saya sudah hampir tiga bulan lebih tak ada kerja ini," katanya kepada mStar.

Ramai juga kalangan kami yang sudah mendapatkan suntikan vaksin dua dos.

NAMRON

PELAKON

Pada 21 Julai lalu, kerajaan menetapkan hanya produksi drama, iklan dan dokumentari yang tertangguh penggambaran kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan untuk meneruskan penggambaran pada Fasa Dua.

Syarat lain adalah aktiviti penggambaran hanya boleh dijalankan di negeri yang berada di status Fasa Dua dan melibatkan lokasi atau premis penggambaran luar studio sahaja.

Dalam pada itu, Namron berharap kerajaan membenarkan aktiviti penggambaran dijalankan seperti biasa memandangkan ramai penggiat seni sudah mempunyai menerima vaksinasi lengkap.

Namron 1

Namron harap kerajaan memperlihatkan semula syarat kelonggaran aktiviti penggambaran.

"Ramai juga kalangan kami yang sudah mendapatkan suntikan vaksin dua dos. Itu juga yang dijanjikan oleh kerajaan dimana boleh bekerja kalau ada vaksinasi lengkap.

"Tapi sampai sekarang masih tak boleh lagi. Saya berharap pihak tertentu ambillah tindakan segera sebab semakin lama, semua antara kami ini berasa tertekan untuk menguruskan kelangsungan hidup.

"Apa lagi buat kami yang menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga ini. Kita nak cari makan untuk keluarga," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain