suria

Mahu bekerja dengan tenang... Tam Suhaimi mohon kerajaan beri syarat jelas sebelum benar penggambaran

Tam (dua dari kiri) bersama barisan pelakon drama Hawa yang bersiaran di slot Megadrama Astro.

NAMPAKNYA ramai penggiat seni sudah tidak sabar untuk menghidupkan semula industri kreatif yang semakin suram sejak penularan pandemik Covid-19.

Ini termasuklah pelakon dan pengarah, Tam Suhaimi, 42, yang mengakui teruja untuk kembali ke set penggambaran bagi meneruskan kerja yang menjadi sumber pendapatan mereka.

Meskipun masih bersabar menanti lampu hijau daripada pihak berkuasa, Tam bagaimanapun berharap kerajaan dapat memberikan panduan serta syarat yang lebih jelas sebelum membenarkan mereka kembali bekerja.

ARTIKEL BERKAITAN: Keadaan Fizikal Beri Masalah Buat Tam Suhaimi

"Sama seperti penggiat seni lain, saya juga mahu dapatkan kepastian bila kita semua boleh kembali menjalankan penggambaran kerana rata-rata anak seni, ini adalah sumber pendapatan kami.

"Cumanya sekarang ini belum ada kepastian, apa terma dan syarat supaya kami dapat bekerja dengan tenang tanpa was-was.

"Kita semua tertanya-tanya mengenai syarat, apa yang boleh, di kawasan mana yang dibenarkan dan segala macam SOP lain... terlalu banyak persoalan.

Tam Suhaimi 1

Tam (kanan sekali) kini bergiat aktif sebagai pengarah.

"Sebab itu saya mengambil pendirian apabila sudah ada kepastian, maklumat jelas barulah saya bersedia untuk kembali ke set penggambaran," katanya kepada mStar.

Tam ditemui semasa sidang media drama Hawa yang diadakan secara maya, baru-baru ini.

Pada Julai lalu, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mewajibkan karyawan industri kreatif termasuk pelakon dan kru penggambaran melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 sebelum memulakan tugas di lokasi.

Cabarannya dalam Hawa adalah ia mengupas lebih kepada isu rumahtangga seperti poligami, kecurangan.

TAM SUHAIMI

PENGARAH DRAMA HAWA

Keputusan tersebut susulan kebenaran penggambaran di luar studio dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat menjelang Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) seperti yang diumumkan kerajaan.

Selain tenaga produksi sudah lengkap dos vaksin, beberapa syarat lain ialah kru minima dan tidak dibenarkan keluar daripada radius zon kebenaran.

hawa 1

Barisan pelakon drama Hawa; (dari kiri) Nadiya Nissa, Bella Dowanna dan Ruzana Ibrahim.

Bercakap mengenai drama Hawa, Tam selaku pengarah berkata karya ini mengupas mengenai isu rumah tangga dan perjalanan cerita sangat berbeza berbanding drama Melayu lain.

"Cabarannya dalam Hawa adalah ia mengupas lebih kepada isu rumahtangga seperti poligami, kecurangan yang mana saya sendiri tidak pernah hadapi dalam kehidupan saya.

"Kami cuba explore bagaimana untuk translate isu rumah tangga yang sering didengari dalam masyarakat supaya ia tidak klise dan menjadi relatable kepada penonton.

"Masih lagi mengaitkan dengan masalah-masalah yang sering berlaku terhadap golongan wanita tetap dalam sudut berbeza," katanya.

Drama arahan Tam ini dibintangi oleh pelakon hebat Hamidah Wahab, Ruzana Ibrahim, Nadiya Nisaa dan Bella Dowanna.

Hawa bersiaran di slot Megadrama saluran Astro Ria setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam bermula 24 Ogos lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain