suria

[VIDEO] Spekulasi bakal kahwin PA muncul balik, tapi Vida masih trauma - “Kalau ada jodoh sekalipun saya nak yang sama level... kaya”

Bukan kali pertama Vida digosipkan mempunyai hubungan istimewa dengan Iqbal.

TIADA angin tiada ribut... tiba-tiba timbul kembali gosip kononnya usahawan kosmetik Datuk Seri Vida bakal mengakhiri zaman janda dengan bekas pembantu peribadi.

Menafikan khabar angin tersebut, Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata sehingga kini dia masih belum terfikir untuk kembali memegang status isteri orang.

Menurut Vida, 50, dia masih trauma dengan perkahwinan terdahulu dan perlu lebih berhati-hati dalam memilih bakal suami.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ingat saya ni orang kaya sombong dan bongkak?” - Vida akhirnya mohon maaf, faham perasaan orang susah

"Memang ramai yang nak tengok saya berpasangan, mereka kata apabila berkahwin itu akan melengkapkan kehidupan saya.

vida 1

Vida nafi bakal berkahwin dengan bekas pekerja.

"Tak kurang juga ada pengikut minta saya tumpu pada anak-anak sahaja. Sejujurnya pilihan ke arah hidup berpasangan itu memang ada.

"Tapi saya takut, rasa trauma dengan perkahwinan dahulu. Itu membuatkan saya lebih berhati-hati... nak kata serik pun ya juga," katanya kepada mStar.

Pada Rabu lalu, tular rakaman siaran langsung di laman Instagram antara Vida dan rakannya Datuk Seri Aliff Syukri.

Kalau ada jodoh sekalipun saya nak cari yang level-level saya, maksudnya dari segi umur, pengalaman, kaya of course!

DATUK SERI VIDA

USAHAWAN KOSMETIK

Dalam rakaman video itu, Aliff mengusik Vida kononnya usahawan itu akan berkahwin dengan bekas pembantu peribadi, Ahmad Iqbal Zulkefli.

Ini bukanlah kali pertama kerana sebelum ini Vida dan Iqbal pernah menjadi perbualan hangat netizen pada tahun 2017.

vida 3

Vida utamakan anak-anak dan keluarga.

Namun kedua-duanya menafikan mengenai khabar angin tersebut dan menjelaskan hubungan mereka hanya sekadar pekerja dan majikan.

Sementara itu, menerusi Instagram, Vida berkata dia mahu mencari bakal suami yang setaraf dan memiliki kewangan yang kukuh.

"Buat masa ini saya tak terfikir pun nak kahwin lagi. Anak-anak, keluarga dan perniagaan merupakan keutamaan saya.

"Kalau ada jodoh sekalipun saya nak cari yang level-level saya, maksudnya daripada segi umur, pengalaman, kaya of course (semestinya)," ujarnya.

Vida sebelum ini pernah berkahwin sebanyak tiga kali, namun semuanya berakhir dengan penceraian.

Hasil perkahwinan pertama dengan Mohd Amin Yasin mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.

Bagaimanapun, anak pertama dan kedua mereka meninggal dunia dalam kejadian kebakaran rumah pada 3 Ogos 2013.

Vida kini membesarkan dua lagi anaknya iaitu Nur Edlynn Zamilleen atau lebih dikenali sebagai Cik B, 16, dan Eric Zaquan, 14.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain