suria

Selepas tinggalkan ‘Melodi’, Janna Nick cabar diri kendali program ilmiah - “Seronok! Saya dapat baiki cara bercakap”

Janna Nick cabar diri pelbagaikan program pengacaraan.

REZEKI Janna Nick dalam bidang pengacaraan terus mencurah-curah apabila kali ini diberi tanggungjawab mengendalikan sebuah program majalah dan dokumentari terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Selepas khidmatnya berakhir di Melodi pada 25 Julai lalu, Janna memberitahu dia kini sibuk dengan rakaman program ilmiah berjudul Banteras Covid-19 yang mengetengahkan isu semasa sepanjang musim pandemik ini.

Menyahut cabaran yang diberi, Janna, 26, berkata peluang mengendalikan program itu digunakan sebaik-baiknya bagi memantapkan lagi ilmu dalam bidang pengacaraan ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Khidmat Awal Ashaari di Melodi ditamatkan... dapat notis dua minggu - “Saya reda dan sikit pun tidak ambil hati”

"Empat tahun saya mengacara program hiburan, kali ini saya kena buat program yang lebih ilmiah, semestinya sangat mencabar tapi menyeronokkan.

"Walaupun agak sukar kerana perlu menghafal banyak fakta tapi saya seronok sebab saya boleh belajar banyak ilmu baharu termasuklah mengenai isu semasa.

janna nick 2

Janna Nick selaku pengacara turun ke lokasi rakaman program.

"Perkara paling mencabar apabila saya sebagai pengacara sendiri kena turun padang di lokasi yang mungkin mendedahkan diri dengan virus Covid-19," katanya kepada mStar.

Janna sebelum ini mengendalikan program Melodi (TV3) bersama pengacara Awal Ashaari.

Tempat mereka berdua kini diambil alih oleh pelakon Nabila Huda.

Sejujurnya dua-dua program saya suka sebab ada perbezaan sendiri tapi program ilmiah macam ini dapat membantu saya memperbetulkan penggunaan bahasa

JANNA NICK

PELAKON/ PENGACARA

Sementara itu, pelakon drama Melastik Ke Hatimu ini berkata sepanjang mengacarakan program tersebut dia dapat memperbaiki cara penyampaiannya dengan menggunakan bahasa yang tepat.

Secara tidak langsung, dia juga dapat mempelbagaikan lagi bakat pengacaraan dan bukan hanya tertumpu kepada program hiburan semata-mata.

janna nick awal 2

Tinggal kenangan... Janna mengacarakan Melodi bersama Awal Ashaari.

"Untuk program macam ini, info dan fakta yang diberikan haruslah tepat. Saya juga perlu menggunakan bahasa lebih formal berbanding semasa mengacara Melodi dahulu yang lebih santai dan rileks.

"Sejujurnya dua-dua program saya suka sebab ada perbezaan sendiri tapi program ilmiah macam ini dapat membantu saya memperbetulkan penggunaan bahasa.

"Saya dapat belajar jadi pengacara yang lebih baik... sepatutnya permulaan seorang pengacara belajar menggunakan bahasa yang tepat dan betul adalah melalui program begini," ujarnya.

Program Banteras Covid-19 musim baharu bersiaran di TV1 setiap hari Ahad pukul 12 tengahari.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain