suria

Mafarikha tak putus asa walaupun dah 10 tahun cuba cipta nama... kini bernaung di bawah syarikat rakaman M.Nasir

Mafarikha kini muncul dengan single remake, Kabut Serangkai Mawar 2021.

SELEPAS lebih 10 tahun cuba mencipta nama, penyanyi Mafarikha berkata, dia tidak pernah berputus asa untuk terus menempatkan dirinya sebaris penyanyi seangkatan yang lain.

Menurut Mafarikha atau nama sebenarnya, Mafarikha Mohd Akhir, 29, dia percaya dengan rezeki yang diberikan Allah SWT dan bersyukur kini bernaung di bawah syarikat rakaman milik penyanyi dan komposer terkenal, Datuk M. Nasir iaitu Luncai Emas.

ARTIKEL BERKAITAN: Muncul dengan single keempat... Khodi tak putus asa cipta nama sebagai penyanyi - “Saya kayuh perlahan-lahan dalam industri”

"Kadang-kadang tak tahu nak cakap macam mana sebab dah lebih 10 tahun dalam industri... memang tak famous dan orang tak berapa kenal pun saya.

"Yang mana kenal saya, mereka tahulah perkembangan terbaharu yang banyak saya kongsikan di Instagram.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Sekarang Alhamdulillah saya dah hampir dua tahun bernaung di bawah syarikat rakaman Datuk M. Nasir, memang banyak perancangan telah kami bincangkan bersama tetapi disebabkan lockdown sekarang menyebabkan ia terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu," katanya ketika dihubungi mStar.



Mafarikha mahukan Zaiton Sameon muncul dalam muzik video Kabut Serangkai Mawar 2021.

Mafarikha kini tampil dengan single terbaharu berjudul Kabut Serangkai Mawar 2021 yang merupakan lagu nyanyian asal oleh penyanyi terkenal era 80-an, Zaiton Sameon.

"Pihak pengurusan bagi dua pilihan untuk saya buat lagu cover, satu lagu ini dan satu lagi lagu rancak. Tapi saya rasa lagu Kabut Serangkai Mawar ini lebih sesuai dengan tone suara saya.

Kadang-kadang tak tahu nak cakap macam mana sebab dah lebih 10 tahun dalam industri... memang tak famous dan orang tak berapa kenal pun saya.

MAFARIKHA

PENYANYI

"Saya nak sangat peminat muzik generasi kini kenal kak Zaiton yang sememangnya penyanyi lagenda dan dia pun dah lama tak keluar.

"Saya sendiri pun dah request pada syarikat pengurusan kalau boleh nak kak Zaiton muncul buat cameo dalam muzik video ini nanti kalau semua dah boleh kembali bekerja seperti biasa selepas ini," katanya.

Bakat seni Mafarikha mula dicungkil selepas dia menyertai pertandingan program realiti terbitan TV3, Vokal Bukan Sekadar Rupa yang diterbitkan pada tahun 2011.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain