suria

Janna Nick syak individu dibelasah kumpulan rider ada masalah, dedah terima mesej pelik daripada orang sama - “Dia selalu cakap fasal Tuhan, something is wrong”

Janna Nick pernah menerima DM daripada lelaki yang menjadi mangsa pukul sekumpulan rider penghantar makanan.

PELAKON Janna Nick tidak bersetuju dengan tindakan sekumpulan penghantar makanan memukul seorang pelanggan menerusi sebuah video yang tular di media sosial pada Jumaat.

Menurut Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 26, walaupun dia tidak mengetahui kisah sebenar yang berlaku di sebalik perkara tersebut, dia percaya keganasan bukanlah cara terbaik untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

ARTIKEL BERKAITAN: Janna Nick dah empat kali tukar ubat rawat penyakit bipolar - “Sebagai pelakon saya perlukan emosi... apabila ambil ubat saya jadi rilek”

"Saya tidak tahu apa yang sebenarnya terjadi, cuma saya tidak bersetuju guna keganasan untuk mengajar orang.

"Setiap masalah itu tidak boleh diselesaikan dengan keganasan... kalau tidak puas hati ke apa, serahkan sahaja kepada pihak berkuasa," katanya ketika dihubungi mStar.

Janna berkongsikan DM yang diterimanya daripada lelaki tersebut.

Menerusi video yang tersebar itu, kekecohan dipercayai tercetus selepas pelanggan tersebut dipercayai mempermainkan kalimah Allah sehingga menimbulkan kemarahan rider yang menghantar pesanan makanannya.

Lelaki tersebut menggunakan nama akaun di aplikasi pesanan makanan yang menyentuh sensitiviti agama.

Menerusi video itu, beberapa rider dilihat memukul lelaki tersebut di sekitar kawasan kejiranannya.

Selepas saya tengok nama lelaki tu, saya baharu perasan dia ini yang selalu DM saya perkara-perkara yang pelik... dia selalu cakap fasal Tuhan.

JANNA NICK

PELAKON

Susulan kejadian tersebut, polis Daerah Petaling Jaya pada Jumaat lalu telah menahan lima penghantar makanan berusia 19 hingga 40 tahun yang disyaki terbabit dalam kejadian berkenaan.

Bercerita lebih lanjut, Janna berkata dia menyedari nama lelaki yang dibelasah sekumpulan rider itu sering kali menghantar mesej peribadi (DM) terhadapnya di Instagram.

Dia juga mengesyaki individu berkenaan mungkin mengalami masalah mental sehingga bertindak di luar fikiran manusia normal.

Janna buat pendedahan pada April lalu dia merupakan penghidap penyakit bipolar.

"Selepas saya tengok nama lelaki tu, saya baharu perasan dia ini yang selalu DM saya perkara-perkara yang pelik... dia selalu cakap fasal Tuhan.

"Saya senang nak ingat nama dia sebab saya rasa apa yang dia tulis itu di luar normalisasi manusia... saya rasa something is wrong (dengan lelaki tersebut).

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya cuma gunakan platform saya untuk tak nak orang salahkan dia... sebab ia bukan tanggungjawab manusia untuk menghukum dia. Bukan semua orang kita nampak macam normal, tapi kita tak tahu keadaan mental dia macam mana. Saya cakap ini secara umum sebab siapa kita nak judge dia," katanya.

Janna turut berkongsi tangkap layar (screenshot) DM daripada lelaki dikenali sebagai Ardilas.

Nama berkenaan dipercayai sama dengan individu yang menjadi mangsa pukul kumpulan rider pada Jumaat.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain