suria

Nad Zainal 'enjoy' jadi Juweta, hamil tak jejas fokus untuk hidupkan watak - “Bila baca skrip, tak sabar ke babak seterusnya”

Nad bergandingan dengan Nazim dan Elvina dalam drama Takdir Yang Tertulis.

DRAMA Takdir Yang Tertulis kini menjadi trending di laman sosial tambahan pula rata-rata penonton memuji lakonan pelakon utama iaitu Nad Zainal yang memegang watak sebagai Juweta.

Biarpun watak Juweta dengan Mona lakonan Nad menerusi drama Hati Yang Tersakiti hampir sama, namun aktres berusia 31 tahun ini berpendapat kedua-dua naskhah itu mempunyai kelebihan tersendiri.Nad

ARTIKEL BERKAITAN: Mahukan doktor wanita... Nad Zainal pilih hospital sama untuk bersalin anak kedua - “Biarlah Dr. Kay je yang tengok tak payah tambah doktor lain”

Menurut pemilik nama Farah Nadia Zainal Abidin ini, dia gembira dengan penerimaan penonton dengan watak tersebut yang dianggap tidak terlalu sukar untuk dijiwai.



Lakonan Nad dan Elvina mendapat pujian penonton.

"Walaupun watak lebih kurang sama tapi sebenarnya jalan cerita berbeza. Kalau tengok permainan watak Mona seorang yang lembut dan dianiaya... berbeza dengan Juweta yang lebih tegas dan ego.

"Bagi saya, setiap drama ada cabarannya sebab berbeza susanan dan lokasi penggambaran yang lain. Bagi saya, yang mencabar dari segi naskhah berat dan screen play yang panjang.

"Saya gembira bila dapat penerimaan yang baik daripada penonton. Watak Juweta ini sebenarnya nak kata susah sangat tu, tidak la tapi ketika itu saya awal kehamilan, jadi penat sikit.

Memang tiada aktiviti luar langsung sebab tak nak susahkan diri di kemudian hari.

NAD ZAINAL

PELAKON

"Jadi, nak kata susah atau tidak... sebenarnya saya lebih enjoy bawa watak tu. Bila saya baca skrip, jadi tak sabar untuk babak seterusnya," kata Nad kepada mStar.

Selain Nad, drama yang mula bersiaran sejak 21 Januari lalu turut dibintangi oleh Nazim Othman, Datin Elvina Mohamad, Didie Alias, Alvin Chong dan Iman Suhana.

Dalam perkembangan lain, Nad turut berkongsi mengenai kebimbangannya sepanjang tempoh kehamilan dan bakal melahirkan cahaya mata kedua tidak lama lagi dalam keadaan pandemik Covid-19.



Nad bakal melahirkan cahaya mata kedua tidak lama lagi.

"Memang sangat bimbang tapi saya rasa hospital yang pilih untuk bersalin mempunyai SOP yang ketat dan untuk masa sekarang ini, saya ambil langkah berjaga-jaga dengan duduk rumah sahaja.

"Saya memang tak keluar dan kalau nak keluar pun hanya di bawah rumah sahaja. Memang tiada aktiviti luar langsung sebab tak nak susahkan diri di kemudian hari. Saya percaya dengan sistem perubatan Malaysia dan harap dipermudahkan," ujarnya.

Nad yang kini hamil lapan bulan mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq Amirudin pada 18 Disember 2015 dan dikurniakan anak lelaki bernama Fahad Ibrahim yang kini berusia lima tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain