suria

Dua lagu gagal dapat sambutan, Muna Shahirah pertaruhkan 'Bagaimana' untuk tembus ke AJL - “Lagu baru ini seperti ada roh yang memberi semangat dan keyakinan”

Kegagalan lagu Teguh Setia ke pentas AJL34 membuatkan Muna berasa kecewa dengan dirinya.

BERADA di Anugerah Juara Lagu merupakan impian semua penyanyi termasuklah penyanyi baharu, Muna Shahirah yang kecewa apabila gagal menempatkan dirinya ke pentas AJL34 pada Februari lalu.

Menurut Muna atau nama sebenarnya Muna Shahirah Munadi, 26, berada di pentas besar seperti AJL memang menjadi sasaran utama bagi meletakkan namanya lebih tinggi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya nak masuk tapi tak dibenarkan” - Muna Shahirah tiada peluang ke Big Stage

"Bukan tidak cermin diri atau menolak takdir tapi bagi saya peluang tidak selalunya datang kali kedua terutama pendatang baharu seperti saya memandangkan kini begitu ramai penyanyi tumbuh setiap hari.

Ia seolah-olah ada roh di dalam lagu itu yang memberi saya seribu kekuatan dan keyakinan.

MUNA SHAHIRAH

PENYANYI

"Sebab itu saya paksa diri saya untuk buat sehabis baik sewaktu separuh akhir dan bila keputusannya begitu saya rasa amat kecewa," kata Muna kepada mStar.

Lagu Teguh Setia nyanyian Muna buat pertama kalinya layak ke peringkat Semi Final Muzik-Muzik 34 namun gagal meneruskan perjuangannya di pentas AJL34.

Selepas kekecewaan itu, Muna muncul dengan dua single solo berjudul Suratan Luka dan Takdir Cinta namun kedua-dua lagu tersebut tidak menyerlah seperti Teguh Setia.

Dalam pada itu, semangat Muna kembali bangkit apabila pertama kali mendengar melodi lagu Bagaimana ciptaan ciptaan Gouffran dan Sang Hitam.



Muna kembali bangkit dengan lagu terbaharu bersama Zack Zakwan.

Muna berharap peminat dapat menerima lagu duet bersama penyanyi baharu Zack Zakwan itu dan menonton video muzik hasil daripada mereka berdua.

"Lagu ini benar-benar mengembalikan semangat untuk saya kembali berdiri. Pertama kali dengar melodi dan baca lirik lagu ini membuatkan bulu roma saya meremang.

"Ia seolah-olah ada roh di dalam lagu itu yang memberi saya seribu kekutan dan keyakinan. Semoga peminat suka mendengar dan menonton video muzik buah tangan daripada kami berdua," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain