Zahirah MacWilson, Aiman Hakim Ridza balik Perth, sambut kelahiran anak pertama di kampung halaman - “InsyaAllah kami akan pulang bertiga”

Zahirah dan Aiman berangkat pulang ke Perth untuk menyambut kelahiran anak pertama mereka.

PASANGAN selebriti terkenal iaitu Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza mengambil keputusan untuk menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka di Perth, Australia.

Zahirah atau Nur Zahirah MacWilson Zainol, 25, berkongsi foto dia dan suaminya dalam perjalanan pulang ke kampung halaman aktres tersebut pada pagi, Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Zahirah MacWilson hamil enam bulan, Aiman Hakim Ridza teruja bakal timang anak sulung

"See you next year, Malaysia. We love you guys, terima kasih atas semua doa yang baik-baik. Insya-Allah bila kami pulang, akan bertiga," katanya.



Zahirah dijangka bersalin pada Disember.

Kandungan pelakon filem Bulan dan Pria Terhebat itu kini sudah mencecah tujuh bulan dan dijangka bersalin pada Disember depan.

Menerusi laporan mStar pada 1 September lalu, Zahirah meluahkan rasa syukur dan teruja untuk menyambut kelahiran anak sulung mereka.

Sementara itu, Ibu kepada Zahirah iaitu Maslinda Yusoff meluahkan rasa syukur anak dan menantunya dapat pulang ke Perth biarpun perlu melalui dugaan berikutan pandemik Covid-19.

Maslinda menerusi laman Instagram miliknya pada Jumaat memberitahu pasangan itu akan menjalani kuarantin selama dua minggu terlebih dahulu sebelum pulang ke rumahnya.

Mohon sama-sama kita doakan keselamatan mereka agar dilindungi Allah sepanjang masa.

ZAINOL MACWILSON

PELAKON

"Di waktu Covid-19 sekarang ini banyak betul dugaan yang mereka lalui untuk pulang ke Perth. Syukur Alhamdulillah, Allah telah perkenankan doa-doa kami supaya urusan anak-anak kami dipermudahkan.

"Sekarang, mereka dalam perjalanan pulang ke rumah. Saya sangat bersyukur kepada Allah. Semoga penerbangan kak dan Aiman dalam keadaan selamat.

"Kita akan berjumpa awak selepas dua minggu awak menjalani kuarantin. Love you guys so much. #cantwaittoseeyou," kata Maslinda.

Dalam pada itu, pelakon Zainol MacWilson berharap semua orang mendoakan keselamatan anak, cucu dan menantunya.



Zainol berkongsi perkara itu di laman Instagram.

"Pagi tadi, Zahirah, cucu saya dan Aiman dah pun berangkat pulang ke Perth. Papa doakan semoga kakak serta cucu papa dan menantu selamat sampai.

"Mohon sama-sama kita doakan keselamatan mereka agar dilindungi Allah sepanjang masa... aamiin," ujarnya.

Zahirah mendirikan rumah tangga dengan Aiman atau nama sebenarnya Aiman Hakim Ridza Abdoh, 31, pada 8 Jun tahun lalu.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain