suria

Zahirah MacWilson hamil enam bulan, Aiman Hakim Ridza teruja bakal timang anak sulung

Tahniah! Aiman dan Zahirah bakal bergelar ibu bapa.

HAMPIR tujuh bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Zahirah MacWilson pada Selasa mengumumkan kini hamil enam bulan.

Isteri kepada pelakon Aiman Hakim Ridza itu meluahkan rasa syukur dan teruja untuk menyambut kelahiran anak sulung mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Zahirah MacWilson selamat bergelar isteri Aiman Hakim Ridza

"Enam bulan membesarkan cinta kecil kita. Mommy and daddy tak sabar nak jumpa kamu," tulisnya.

Sementara itu, Aiman turut memuat naik foto imbasan bayi dalam kandungan isterinya dan meluahkan rasa tidak sabar untuk melihat hasil cinta mereka.



Pasangan ini berkahwin pada 20 Februari lalu.

"Sangat teruja untuk bertemu bayi kecil ini, ia separuh saya dan separuh lagi orang yang saya sayangi. Alhamdulillah" tulisnya.

Dalam pada itu, rakan-rakan artis dan pengikut laman sosial pasangan ini mengucapkan tahniah dan mendoakan proses kehamilan berjalan lancar.

"Tahniah Ira dan Aiman happy for you both" ujar Amelia Henderson.

"Alhamdulillah, congrats kak!" tulis Eyra Hazali.

Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari lalu dalam sebuah majlis di Mercu Mustapha Kamal, Petaling Jaya.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 8 Jun tahun lalu di kediaman keluarga aktres itu di Perth, Australia selepas enam bulan bercinta.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain