suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

BTS jadi artis Kpop pertama duduki tempat teratas Billboard Hot 100

BTS merupakan artis Asia pertama pernah menduduki tempat pertama carta tersebut.

KUMPULAN Kpop terkenal BTS menjadi artis Korea Selatan pertama menduduki tempat pertama carta Billboard Hot 100.

Billboard dalam kenyataannya berkata, kumpulan itu memasuki carta dengan single berbahasa Inggeris pertama mereka yang berjudul Dynamite.

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! BTS diumum buat persembahan di Anugerah Video Muzik MTV pada 30 Ogos ini

Hot 100 merupakan carta yang menggabungkan lagu-lagu paling popular di Amerika Syarikat setiap minggu, menggabungkan prestasi striming, penjualan muzik dan jumlah siaran radio.

Ini merupakan kali pertama dalam sejarah yang mencatatkan artis Kpop menduduki tempat pertama carta ini.

Rekod paling tinggi sebelum ini dipegang lagu Gangnam Style nyanyian Psy yang menduduki tempat kedua carta itu selama tujuh minggu.

Rekod terdahulu BTS ialah kedudukan tempat keempat carta yang sama dengan lagu ON yang dilancarkan pada Februari lalu.

Sumber: allkpop

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

BTS, Kpop, Idol

Artikel Lain