suria

Isteri Saharul Ridzwan menangis terima kejutan, tak sangka dapat hadiah kereta - “Dia suruh siap-siap tadi sebab nak rekod video review”

Saharul menghadiahkan isterinya sebuah kereta sebagai tanda penghargaan.

SEMPENA ulang tahun keempat perkahwinan, pelakon Saharul Ridzwan membuat kejutan dengan menghadiahkan isterinya Deena Emir sebuah kereta jenis Honda Jazz.

Deena atau nama sebenarnya Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir, 32, berkongsi perkara itu di Instagramnya dengan meluahkan perasaan terkejut dan terharu dengan pemberian itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas kejadian ‘kontraksi palsu’, Saharul Ridzwan akhirnya timang anak perempuan - “Lengkap dah sepasang”

"Kejutan daripada suami! MasyaAllah. Terkejut betul tadi sebab ulang tahun perkahwinan kami pada 16 September tapi dapat hadiah hari ini.

"Dia suruh siap-siap tadi sebab nak rekod video review. Habis comot muka Deena, maskara meleleh sebab menangis.

"Allahuakbar sayang, terima kasih untuk cinta dan usaha, doa saya sentiasa untuk awak" tulisnya.



Deena berkongsi perkara itu di IG miliknya pada Selasa.

Sementara itu, Saharul pula menerusi Instagram mengucapkan syukur dikurniakan seorang isteri yang dianggap pembawa rezeki untuk keluarganya.

Saharul, 32, turut menasihatkan kaum lelaki agar memperbaiki hubungan suami isteri jika mahu rezeki yang melimpah ruah dan diberkati.

"Jika terasa sempit, usah risau. Perbaiki hubungan dengan isteri dahulu. Periksa mana yang terkurang, gembirakan hatinya, Insya-Allah awak akan lihat rezeki datang dalam bermacam bentuk rupa.

"Belanja atas isteri dan keluarga sedekah paling besar nilainya. Nafkah wajib. Apa yang kita suka untuk diri, itu juga yang kita kongsikan dengan isteri," ujarnya.

Saharul dan Deena Emir mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016.

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, 3, dan Fateema Azzahra yang kini berusia dua bulan.

Artikel Lain