suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selepas kejadian ‘kontraksi palsu’, Saharul Ridzwan akhirnya timang anak perempuan - “Lengkap dah sepasang”

Pelakon Saharul Ridzwan selamat timang bayi perempuan pada Sabtu.

PELAKON Saharul Ridzwan menimang cahaya mata kedua selepas isterinya Deena Emir selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.3 kilogram, pada Sabtu.

Saharul atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 31, meluahkan rasa syukur isteri dan bayinya itu berada dalam keadaan sihat.

ARTIKEL BERKAITAN: Saharul Ridzwan cemas isteri alami 'kontraksi palsu', belum masa untuk bersalin - “Bukaan sudah 1.5 cm tapi tiba-tiba keesokkan hari...”

"Ali dapat adik perempuan.

"Alhamdulillah, 13 Jun 2020 bersamaan 21 Syawal, lahir sudah puteri solehah baba, lengkap dah sepasang.



Saharul bersama isterinya Deena Emir dan anak sulung mereka Muhammad Luth Ali.

"Semuanya selamat, mummy sihat, baby pun sihat," katanya.

Sementara itu, Saharul turut meminta peminat mendoakan kesihatan isterinya yang masih berada di wad kecemasan.

"Berkat doa semuanya. Terima kasih banyak-banyak.

"Doakan supaya mummy cepat sihat dari emergency LLCS, dan baby membesar jadi anak yang solehah, Amin Ya Rabb.

"Tak tahu nak taip apa entah. Happy betul ni," tulisnya.

Pelakon drama Korban Kasih ini turut menerima ucapan tahniah dari rakan artis dan peminat.

"Alhamdulillah, tahniah," ucap Zahirah Macwilson.

"Alhamdulillah, tahniah bro," tulis Fizo Omar.

Pada Jumaat, menerusi laporan mStar, Deena mengalami kontraksi dengan bukaan 1.5 sentimeter.

Bagaimanapun, terpaksa pulang ke rumah selepas diberitahu tanda-tanda bersalin yang dialami itu hanyalah kontraksi palsu atau false alarm.

Saharul dan Deena berkahwin pada 16 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Luth Ali, 3.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Saharul Ridzwan

Artikel Lain