suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hamil 7 bulan, Eyra Hazali umum jantina anak - “Ada geng main bola la lepas ni!”

Pelakon Eyra Hazali mengumumkan bakal menyambut cahaya mata lelaki.

PELAKON Eyra Hazali dan suaminya, penjaga gol JDT Muhammad Haziq Nadzli mendedahkan bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.

Eyra, 21, yang kini hamil tujuh bulan itu berkongsi khabar gembira tersebut di lnstagram pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Eyra Hazali umum hamil, terpaksa tolak tawaran berlakon - “Saya pernah menidakkan kerana terlalu awal”

"It’s a boy!

"Alhamdulillah, mama dan papa tak sabar nak jumpa awak!



Eyra Hazali dan suaminya, Haziq Nadzli bakal timang cahaya mata lelaki.

"Papa paling teruja sebab ada geng, sampai baju tu custom made," tulisnya.

Peminat Eyra turut mengucapkan tahniah kepada pasangan itu dan berkongsi rasa gembira mereka.

"Ada geng main bola la lepas ni," kata seorang peminat.

"Tahniah. Mesti power main bola macam papa dia nanti," tulis seorang lagi peminat.

Pelakon filem M4M4 ini dijangka bersalin pada Ogos ini.

Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November tahun lalu dalam sebuah majlis sederhana di Masjid As Syakirin, KLCC, Kuala Lumpur.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Eyra Hazali, Haziq Nadzli

Artikel Lain