Eyra Hazali umum hamil, terpaksa tolak tawaran berlakon - “Saya pernah menidakkan kerana terlalu awal”

Eyra Hazali buat kajutan kepada suami, kini hamil anak pertama.

HAMPIR empat bulan berkahwin, pelakon Eyra Hazali berkongsi berita gembira buat peminat apabila mengumumkan kini sedang berbadan dua.

Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali, 21, menerusi instaStory miliknya pada Ahad meluahkan rasa syukur bakal dikurniakan cahaya mata tidak lama lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tekanan darah saya turun, naik...” - Eyra Hazali disangka hamil gara-gara foto di hospital

Menurutnya lagi, dia terpaksa menolak segala tawaran melibatkan aktiviti seni akibat mengalami alahan yang teruk dan perlu menjaga kandungan pertamanya.

"Alhamdulillah syukur kepada Allah atas rezeki ini. Eyra minta maaf terpaksa tolak tawaran berlakon, acara dan temu janji disebabkan kesihatan saya.

"Saya mengalami alahan yang teruk jadi terpaksa tolak untuk jaga kesihatan memandangkan ini kandungan pertama,” ujarnya.

Eyra Hazali dan Haziq berkahwin pada 1 November lalu.

Dalam pada itu, pelakon filem M4M4 ini menjelaskan penafiannya tentang berita menganai kehamilannya baru-baru ini berikutan terlalu awal untuk diumumkan.

Dia meminta peminat mendoakan proses kehamilannya berjalan lancar dan selamat.

"Sebelum ini saya ada menidakkan saya mengandung, itu kerana terlalu awal untuk dedahkan dan nak pastikan kandungan kuat.

"Alhamdulillah, rezeki tak putus-putus tapi saya kena beritahu perkara sebenar supaya setiap produksi dan client faham keadaan saya dan sebab saya menolak. Saya harap semua dapat faham dan doakan saya dan Haziq," katanya.

Sebelum ini saya menidakkan mengandung kerana terlalu awal untuk dedahkan dan nak pastikan kandungan kuat.

EYRA HAZALI

PELAKON

Eyra turut berkongsi video dia membuat kejutan kepada suaminya yang juga Penjaga Gol JDT Muhammad Haziq Nadzli.

Menerusi video yang dikongsikan, pelakon drama Puteri Yang Ditukar itu tidak dapat menahan air matanya apabila menunjukkan ujian kehamilan yang menunjukkan satu hingga dua minggu.

Sebelum ini, foto Eyra sedang terlantar sakit di wad yang dimuat naik suaminya pada Januari lalu meninggalkan tanda tanya dalam kalangan netizen yang membuat andaian dia sedang hamil.

Bagaimanapun menerusi laporan mStar pada 23 Januari lalu, Eyra menafikan khabar angin dirinya kini sedang dan menjelaskan dia hanya mendapat rawatan di sebuah hospital baru-baru ini disebabkan mengalami dehidrasi dan tekanan darah tidak stabil.

Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November tahun lalu dalam sebuah majlis sederhana di Masjid As Syakirin, KLCC, Kuala Lumpur.

Eyra Hazali

Artikel Berkaitan

Klik

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Lain