suria

Suami Isma AF7 enggan terlibat dunia hiburan - “Cukuplah sekadar orang tahu kami sudah berkahwin”

Suami Isma tidak mahu ada kena mengena dengan industri hiburan.

MESKIPUN terbuka berkongsi foto bersama suami baharu, Mohd Dzaki di Instagram namun penyanyi Isma enggan bercerita lebih lanjut mengenai kehidupan peribadinya kepada umum.

Isma atau nama sebenarnya Ismaliza Ismail, 41, berkata suami dan keluarga mentuanya enggan terlibat dalam industri hiburan dan baginya, cukup sekadar orang luar tahu dirinya sudah berkahwin.

ARTIKEL BERKAITAN: "Tak tahu jalan cerita jangan buat andaian"- Zul (2by2) diminta berbaik dengan Isma

"Sebenarnya suami tak suka saya bercerita tentang dia kepada umum. Cukuplah sekadar orang tahu kami sudah kahwin dan dia bekerja dalam sektor kerajaan.

Anak-anak Isma menerima baik kehadiran suaminya dalam keluarga mereka.

"Dia dan keluarganya tak nak terlibat dengan industri sebab mereka sangat low profile dan tak biasa dengan dunia hiburan ini.

"Apa yang saya kongsikan di Instagram, setakat itu saja yang boleh. Tak nak terlalu kongsi sebab saya ada pengalaman dan kali ini, mahukan lebih privasi," katanya kepada mStar.

Isma ditemui ketika majlis pelancaran koleksi terbaharu pakaian Munawwareen di St Mary, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam diam Isma dan Mohd Dzaki, 36 melangsungkan perkahwinan mereka di Menara Seri Dewan Wilayah, Putrajaya pada 21 Disember tahun lalu.

Suami tidak meletakan sebarang syarat dan dia pun sentiasa beri sokongan kepada saya sebab dia tahu saya mencari rezeki dalam bidang seni.

ISMA

PENYANYI

Sebelum ini, perkahwinan bekas peserta program Akademi Fantasia musim ketujuh itu dengan komposer Zul 2 By 2 yang dibina hampir 20 tahun, terlerai awal 2018.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan lima cahaya mata iaitu Muhammad Haiqal Aiman, 22, Muhammad Haiqal Aydiel, 21, Seri Aida Merlissa, 19, Seri Ayreen Merlynda, 17, dan Seri Adryana Mercella, 13.

Dalam pada itu, kakak kepada penyanyi Tomok ini memberitahu suaminya sentiasa memberi sokongan penuh untuk dia terus aktif dalam bidang seni.

Isma mahu menjalani kehidupan tanpa memikirkan perkara yang terjadi sebelum ini.

Isma turut meluahkan rasa syukur apabila dia dipertemukan jodoh dalam masa dua tahun dan diberikan peluang untuk membuka lebaran baharu dalam hidupnya.

"Suami tidak meletakan sebarang syarat dan dia pun sentiasa beri sokongan kepada saya sebab dia tahu saya mencari rezeki dalam bidang seni.

"Apa-apa pun, Alhamdulillah saya tak sangka dapat jodoh dalam masa yang singkat, dalam masa dua tahun. Kita tak tahu perancangan Allah dan saya terima sahaja.

"Bagi saya, di usia begini saya nak gembira saja dan tidak mahu fikir mengenai perkara yang sudah berlalu. Tutup buku lama dan buka buku baru," ujarnya. 

Isma, AF7

Artikel Lain