Beto Kusyairy selar netizen pertikai kematian Abam Bocey ada petanda husnul khatimah - “Punyalah hitam hati mereka... toksik!” - Hiburan | mStar

Beto Kusyairy selar netizen pertikai kematian Abam Bocey ada petanda husnul khatimah - “Punyalah hitam hati mereka... toksik!”

Beto terkilan dengan sikap netizen yang mempersoalkan kematian Abam.

PEMERGIAN yang dicemburui. Itulah yang dikatakan mengenai kematian Allahyarham pelawak Abam Bocey yang sehingga kini masih diperkatakan.

Malah Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyifatkan pemergian arwah sebagai petanda husnul khatimah iaitu kematian dan penamat yang baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Fad dan Achey dikritik meratap pemergian Abam Bocey, ini penjelasan PU Azman

"Mungkin jika satu hari nanti anakanda Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey terbaca nukilan ini, ketahuilah bahawa ayahandamu seorang yang baik dan disenangi semua orang.

Adibah Nor dan Beto terkilan dengan sikap netizen yang mempertikaikan kematian Abam.

"Mungkin ramai juga yang tertanya-tanya. Walaupun sudah hampir seminggu kematiannya, nama Abam masih lagi meniti di bibir-bibir orang ramai.

"Bagi saya, bilamana kematiannya sentiasa disebut-sebut, itulah petanda kematian dan penamat yang baik (husnul khatimah)," katanya.

Dunia hiburan dikejutkan dengan berita pelawak Abam Bocey atau Syed Umar Mokhtar Syed Redzuan, 32, meninggal dunia selepas dua hari mengalami demam panas pada Isnin lalu.

Biarpun satu persatu kebaikan yang dilakukan sepanjang hayatnya terbongkar, namun ada juga netizen yang mempersoalkannya kematian pelawak itu yang terlalu mendapat perhatian.

Punyalah hitam hati mereka. Toksik. Tetap nak cari keburukan walaupun tuhan dah tunjuk kebaikan pengakhirannya.

BETO KUSYAIRY

PELAKON

"Sangat tak logik seorang pelawak profesional disolihkan dan dimuliakan macam orang soli," tulis seorang netizen di laman Facebook.

Dalam pada itu, penyanyi Adibah Nor turut meluahkan rasa terkilan dengan sikap individu itu yang mudah menjatuhkan hukum mengenai kematian arwah Abam.

"Ada makhluk siap jatuh hukum kata pelawak itu dan ini... macam tak layak untuk berada di tempat yang baik langsung," katanya.

Pemergian Abam mengejutkan industri hibuan.

Adibah berkata demikian di Twitter selepas melihat perkongsian pelakon Beto Kusyairy mengenai kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan berkenaan kematian Abam.

Sementara itu, Beto turut membalas tweet Adibah Nor dengan mendoakan agar dijauhkan dengan manusia mempunyai aura negatif dan berhati hitam.

"Ya... ada baca beberapa. Punyalah hitam hati mereka. Toksik. Tetap nak cari keburukan walaupun tuhan dah tunjuk kebaikan pengakhirannya.

"Moga kita dijauhkan dari makhluk-makhluk ni kak," katanya.

Beto Kusyairy , Adibah Nor , Abam Bocey

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain