“Saya pesan jangan peduli kata netizen” - Ibu bangga Haqiem Rusli cekal hadapi cabaran dunia seni - Hiburan | mStar

“Saya pesan jangan peduli kata netizen” - Ibu bangga Haqiem Rusli cekal hadapi cabaran dunia seni

Ibu menyokong perjalanan karier Haqiem Rusli.

BENARLAH kata orang sokongan dan restu ibu memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan seseorang anak.

Justeru itu, ibu kepada penyanyi Haqiem Rusli iaitu Nazrah Nordin, 51, mengakui menjadi penasihat dan penyokong paling setia untuk anaknya itu.

"Haqiem anak yang baik, dia memang setiap masa dengan saya... apa-apa benda yang dia nak buat dia akan rujuk dengan saya dulu.

ARTIKEL BERKAITAN: Nyanyian Haqiem Rusli terhenti kerana terlalu sebak - “Terkenang dulu lagu itu dikritik, sekarang nyanyi sama-sama”

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami bersengkang mata undi setiap jam” - Haqiem Rusli terima undian tertinggi, menang Fans Club Paling Ngam di EDMA2019

"Setiap kali kami berborak memang banyak benda yang dia akan kongsi dan cerita, malah saya sendiri sentiasa memberikan kata-kata semangat dan nasihat supaya dia tak mudah putus.

"Antaranya saya pesan jangan terlalu peduli atau mengikut sangat apa netizen kata di media sosial, sekarang ini Alhamdulillah... dia semakin kuat berdepan dengan cabaran dalam dunia seni," katanya kepada mStar.

Sejujurnya, Haqiem ini kuat semangat disebabkan ada sokongan kelab peminat Qiemilio, itu antara penguat dia untuk terus berada dalam industri!

NAZRAH NORDIN

IBU HAQIEM RUSLI

Selain sokongan keluarga, Nazrah berkata ketabahan dan kecekalan Haqiem berdepan kontroversi adalah disebabkan sokongan peminatnya.

Malah, dia turut memuji keikhlasan hati anak ketiganya itu melayan peminat tanpa mengira waktu.

Ibu sanggup turun padang dan menyokong aktiviti seni Haqiem Rusli.

"Sejujurnya, Haqiem ini kuat semangat disebabkan ada sokongan kelab peminat Qiemilio, itu antara penguat dia untuk terus berada dalam industri.

"Haqiem ni kalau sebut fasal peminat dia akan beri perhatian... kadang-kadang tu sampai pukul 2, 3 pagi dia masih sanggup melayan peminat dan boleh tunggu tanpa merungut.

"Alhamdulillah, tahun 2019 kita lihat kariernya berkembang dengan begitu baik dan saya sebagai ibu berharap Haqiem akan lebih berjaya pada tahun ini. InsyaAllah!," ujarnya.

Haqiem Rusli , Nazrah Nordin

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain