Keluar masuk penjara... Farid Kamil akui ada kawan lama jauhkan diri - “Syukur! Saya tak mahu ada vibe negatif dalam hidup” - Hiburan | mStar

Keluar masuk penjara... Farid Kamil akui ada kawan lama jauhkan diri - “Syukur! Saya tak mahu ada vibe negatif dalam hidup”

Farid enggan dikelilingi oleh orang yang memiliki aura negatif.

TERKAIT dengan beberapa dakwaan kes jenayah hingga menyebabkan dia dipenjara pada tahun lalu menyebabkan pelakon Datuk Farid Kamil mula dijauhi beberapa teman rapat sebelum ini.

Namun Farid berkata dia reda dan tidak berkecil hati dengan tindakan individu berkenaan kerana enggan hidupnya terus dikelilingi aura negatif.

"Kawan-kawan jauhkan diri itu memang ada... itu yang saya harapkan sekarang agar mereka jauhkan diri daripada memberikan vibe negatif dalam hidup saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Farid Kamil khatam Al-Quran dalam masa 30 hari di penjara - “Saya buat benda yang tak pernah buat”

ARTIKEL BERKAITAN: Farid Kamil dibenar tangguh hukuman penjara

"Bagi mereka yang kekal bersama saya dan ada juga yang baru datang, terima kasih saya bersyukur sangat.

"Allah sudah tunjukkan dengan jelas apa yang putih dan hitam dalam hidup saya... sekarang ini saya adalah Farid Kamil yang tak sabar nak berdepan cabaran hidup akan datang," katanya kepada mStar.

Isteri, Diana Danielle memberikan sokongan dan jadi kekuatan Farid Kamil.

Pada 13 Disember tahun lalu, mahkamah membenarkan Farid menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sembilan bulan yang dijatuhkan terhadapnya kerana penyalahgunaan dadah sehingga rayuannya selesai.

Sebelum itu pada pertengahan November 2019, Farid diperintahkan menjalani hukuman berkenaan selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak rayuannya terhadap hukuman penjara yang dijatuhkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 15 Mei tahun sama.

Saya sebenarnya tak sabar nak tunggu Remp-it 2 keluar dulu kerana seluruh keluarga saya bergantung harap dengan filem ini.

FARID KAMIL

PELAKON

Suami kepada aktres Datin Diana Danielle itu menjalani hukuman itu di Penjara Kajang, Selangor.

Sementara itu Farid berkata penangguhan hukuman tersebut memberikan peluang kepadanya untuk fokus dengan karya terbaharu arahannya, Remp-it 2 yang dijangka akan ditayangkan di pawagam pada Ogos ini.

Penampilan istimewa Muhammad dalam filem Remp-it 2.

"Saya sebenarnya tak sabar nak tunggu Remp-it 2 keluar dulu kerana seluruh keluarga saya bergantung harap dengan filem ini.

"Ini filem pertama terbitan FKX Film Sdn Bhd dan saya merupakan penerbit, pengarah dan pelakon. Semestinya banyak cabaran pahit dan manis sepanjang menghasilkan filem ini lebih-lebih lagi ini kali pertama saya jadi penerbit.

"Malah isteri saya, Diana Danielle turut terbabit sebagai penerbit bersama dan anak saya, Muhammad juga berlakon dalam filem ini," ujarnya.

Selain Farid, pelakon lain yang turut membintangi filem berkenaan ialah Cat Farish, Niezam Zaidi, Julia Hana dan Ahirene Ahiruddin.

Farid Kamil , Diana Danielle , Remp-it 2

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain