“Aku kecil hati, kau tak wish birthday aku ya...” - Fad Bocey sedih sambut hari lahir tanpa pelukan Abam - Hiburan | mStar

“Aku kecil hati, kau tak wish birthday aku ya...” - Fad Bocey sedih sambut hari lahir tanpa pelukan Abam

Fad (kiri) dan Achey (kanan) berjanji akan terus menjaga nama baik kumpulan Bocey.

PEMERGIAN pelawak Abam Bocey pada Isnin lalu cukup memberi kesan kepada dua lagi ahli kumpulan Bocey iaitu Fad dan Achey.

Fad menerusi Instagram memberitahu sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-29 pada Khamis berbeza tanpa pelukan Allahyarham Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Aku minta maaf tak dapat tengok kau buat kali terakhir” - Fad, Achey gagal kawal emosi, menangis kehilangan Abam Bocey

Pemilik nama Muhammad Fadzlie Mohd Nizam ini turut meluahkan rasa rindu terhadap Abam yang sentiasa mengingati tarikh lahirnya.

Fad berkongsi video ketika menerima kejutan sempena hari lahirnya di rumah arwah Abam.

"Alhamdulillah, bertambah setahun usiaku tapi ulang tahun kali ini terlalu lain untuk aku Bam. Aku sambut kat rumah kau tanpa ada kelibat kau.

"Aku sambut tanpa ada ucapan dan pelukan daripada kau. Aku kecil hati dengan kau sebab birthday kau, aku wish tau... tapi kau tak wish birthday aku ya.

"Sebab setiap tahun kau tak pernah miss ingat tarikh lahir aku. Kau pergi pun dekat dengan hari lahir aku. Sumpah aku tak kuat," ujarnya.

Fad turut memuat naik video rakan-rakan dan adik kepada Abam, Ali Puteh membuat kejutan hari lahirnya di rumah arwah ketika selesai majlis tahlil pada Khamis malam.

Kau pergi pun dekat dengan hari lahir aku. Sumpah aku tak kuat.

FAD BOCEY

PELAWAK

Abam meninggal dunia pada pagi Isnin selepas dua hari mengalami demam panas.

Pemergian mengejut pelawak terkenal itu memberi tamparan kepada keluarga, adiknya yang juga pelawak Ali Puteh dan dua lagi anggota Bocey.

Sebelum ini, Fad meluahkan rasa sedih dan terkilan kerana tidak dapat menziarahi pengebumian Abam kerana sedang bercuti di Jepun.

Dalam pada itu, Fad mengucapkan terima kasih kepada isterinya, Syaheera Rahman yang sentiasa berada di sisi bagi memberikan sokongan moral.

Fad melahirkan rasa sedih kerana tidak dapat menziarahi arwah Abam buat kali terakhir.

"Terima kasih isteri tercinta @syaheeraarahman, terus kuat di belakang daddy. Tegur saya kalau saya down... I love you so much.

"Untuk adik-beradik aku @acheykintangkintung dan @aliputeh89, aku sayang korang. Jangan pernah tinggalkan aku ya.

"Untuk sahabat-sahabat yang hebat terima kasih untuk kenangan indah ini... terima kasih untuk anda semua yang sentiasa mendoakan saya juga.

"Saya doakan yang baik-baik juga untuk kamu semua. Saya mohon hadiah hari jadi saya, tolong hadiahkan Al-Fatihah dan doa buat sahabat saya Syed Umar Mokhtar atau Abam," katanya.

Fad , Achey , Abam , Bocey

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain