suria

"Tak tahu jalan cerita jangan buat andaian"- Zul (2by2) diminta berbaik dengan Isma

Rumah tangga Zul dan Isma masih menjadi tanda tanya.

PETALING JAYA: Penyanyi dan komposer Zul 2 by 2 meminta netizen tidak membuat andaian sendiri tentang kedudukan rumah tangga dengan penyanyi Ismaliza Ismail atau Isma (AF7).

Zul atau Zulkefli Majid, 45, berkata, dia tidak pernah memberi sebarang kenyataan berkaitan hubungannya dengan isteri yang dibina hampir 20 tahun itu.

"Maaf kalau terkasar bahasa, tidak semua lelaki macam itu dan dalam hal ini yang tidak tahu cerita hujung pangkal jangan buat andaian sendiri ya.

"Saya tidak pernah bersuara sedikit pun, jadi yang mana sudah berkeluarga jagalah baik-baik," ujarnya.

Zul menjawab komen netizen yang mendakwa penyanyi itu sama seperti kaum lelaki yang hanya memikirkan keseronokan hidup semata-mata dan membuat keputusan berpisah dengan mudah.

ARTIKEL BERKAITAN: Apa jadi rumah tangga Zul & Isma AF7?

Foto yang dimuat naik Zul baru-baru.

Zul sebelum itu memuat naik foto makanan dengan kapsyen memberi gambaran dia kini hidup bersendiri.

"Jemput makan semua ... Bila sudah keseorangan... Ini lah makanan yang aku selera.. Syukur alhamdulillah - Bissmillah," tulisnya.

Rata-rata peminat meluahkan rasa sedih dengan berita berantakan rumah tangga pasangan ini dan meminta mereka untuk berbaik seperti dahulu.

Pada awal Januari lalu, mStar Online melaporkan rumah tangga pasangan tersebut kini berada dihujung tanduk apabila kedua-duanya memuat naik status meluahkan perasaan di Instgram masing-masing.

Menurut sumber, Isma yang juga kakak kepada penyanyi Tomok itu juga sudah beberapa kali menfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur sejak tahun lalu.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 16 April 1998 dan dikurniakan lima cahaya mata iaitu Muhammad Haiqal Aiman, 20, Muhammad Haiqal Aydiel, 19, Seri Aida Merlissa, 17, Seri Ayreen Merlynda, 15, dan Seri Adryana Mercella, 11.

Ismaliza Ismail

Artikel Lain