suria

Punca pendapatan terjejas akibat IG digodam, Linda Rafar mahu kembali aktif sebagai pelakon dan penyanyi

Penyanyi Linda Rafar mahu berlakon dan bernyanyi semula untuk menampung kerugian yang dialami selepas laman sosial digodam.

SUSULAN kes laman sosial digodam, pelakon Linda Rafar akan kembali menerima tawaran berlakon dan bernyanyi untuk menampung kerugian yang dialami.

Linda, 41, berkata tujuan dia aktif semua dalam dunia seni bukan untuk meraih populariti sebaliknya sebagai satu punca rezekinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Perjanjian duta produk terjejas, Linda Rafar rugi RM500,000 laman sosial digodam - “Saya percaya hacker berada di dalam Malaysia”

"Saya rasa tahun ini saya akan terima tawaran berlakon dan menyanyi untuk tampung balik kerugian yang saya alami.

"Saya tak perlukan populariti. Kalau sebut Linda Rafar, semua orang dah tahu jadi saya tak perlukan populariti.



Linda mahu berlakon dan bernyanyi semula untuk menampung kerugian yang dialami selepas Instagramnya digodam.

"Tapi, saya terpaksa fikir cara untuk dapatkan balik wang sebanyak itu," katanya kepada mStar.

Selepas kejadian yang memberi kesan terhadap pendapatannya, Linda percaya ini merupakan cabaran dan dugaan yang diturunkan Allah kepada hambaNya.

Penyanyi itu yakin setiap kejadian yang berlaku akan mendapat digantikan dengan sesuatu yang lebih baik.

"Inilah dia satu cabaran dan dugaan. Bak kata Ustaz Ebit Lew, setiap dugaan Allah akan gantikan dengan kegembiraan.



Linda percaya apa yang terjadi merupakan cabaran dan dugaan yang diturunkan Allah kepada hambaNya.

"Jadi, saya memang pegang kata-kata itu sama seperti ketika arwah anak saya meninggal dunia.

"Saya lihat impak yang datang lepas anak saya pergi. Tapi ia tak datang dalam masa terdekat. Kadang-kadang kita perlu berzikir dan berdoa.

"Kadang-kadang tak sempat nak merasa kegembiraan itu, ada lagi dugaan yang datang. Jadi, kita perlu terus sabar, sabar dan sabar," katanya.

Sebelum ini, laman sosial Instagram dan Facebook Linda digodam di mana pelakon itu kehilangan kira-kira 900,000 pengikut Instagram.

Kejadian itu mengakibatkan dia mengalami kerugian kira-kira RM500,000 yang melibatkan perjanjian dan peranannya sebagai duta produk.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Linda Rafar

Artikel Lain