suria

Zamarul Hisham kena 'sound' dalam kedai gara-gara minta individu jaga jarak - “Mencabar iman aku bulan puasa ni”

Zamarul Hisham ditegur oleh seorang pelanggan kerana mengingatkan tentang penjarakkan sosial.

SARANAN kerajaan meminta untuk mengamalkan penjarakkan sosial semasa berada di tempat awam tidak diambil berat oleh segelintir masyarakat.

Meskipun baru sehari Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan, ramai yang mengabaikan kepentingan penjagaan diri dan tidak memandang serius bahaya wabak Covid-19 ini.

Berkongsi mengenai sikap tidak acuh segelintir individu itu, pelakon Zamarul Hisham berkata dia berdepan kejadian menguji kesabarannya semasa berada di sebuah kedai serbaneka, Isnin lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

"Semalam kebetulan saya keluar untuk beli barang keperluan dapur di sekitar kawasan rumah iaitu di TTDI Jaya, Shah Alam dan masuk la ke kedai dalam keadaan risau. Lepas pilih barang nak letak ke kaunter, saya tengok tak ada istilah penjarakkan satu meter antara pelanggan. Semua berpusu-pusu nak bayar... aduh mana letak akal dia orang ni!

"Yang best saya kena sound dengan seorang pelanggan yang berdiri rapat dibelakang saya tanpa pakai mask, bila saya tegur 'boss boleh belakang sikit tak sekurang-kurangnya satu meter' dia tak jawab dengan selamba lagi dia rapat dan buat muka seposen.



Zamarul kongsi pengalamannya itu menerusi Instagram.

"Saya tegur lagi 'please boss' dan dia jawab 'hei kerajaan sudah umumkan 4 Mei sudah okay you apahal mau cari gaduh sama saya kah?' mencabar iman aku bulan-bulan puasa ni... jadi saya cakap bukan mahu gaduh... saya cuma bagitau untuk kebaikan dan at last saya mengalah dan ketepi bagi dia bayar dulu, bila dah reda tak ramai orang baru saya bayar di kaunter," katanya.

Zamarul Hisham berkongsi pengalamannya itu menerusi laman Instagram pada Selasa.

Sementara itu, pelakon drama Bahagia Bukan Bidaan ini mengakui terkejut apabila ada individu yang masih boleh berkumpul beramai-ramai tanpa memikirkan bahaya Covid-19.



Zamarul bengang dengan sikap tidak peduli sesetengah individu.

Justeru itu, dia turut berharap supaya tiada lagi gelombang kedua berlaku di negara kita ini.

"Terkejut bila tengok kawasan yang mula sunyi macam pekan koboi sejak PKP bertukar jadi satu kawasan yang sesak dengan kenderaan. Semua kedai mula dibuka, dan ramai org selamba melepak di tepi kedai, selamba ke sana ke sini naik motor tanpa pakai helmet dan mask.

"Ada segelintir yang faham masih pakai penutup mulut dan hidung tapi kebanyakannya langsung tak pakai mask dan dia orang buat macam tak ada apa-apa berlaku.

"Jadi apa pendapat korang? Masih ada segelintir masyarakat yang masih tak faham dan otak letak dekat kaki. Kita sama-sama doa semoga tidak berlaku gelombang yang kedua," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Zamarul Hisham

Artikel Lain