“Tak boleh beri sahur seperti dulu, terpaksa tukar ikut keadaan semasa” - Sembang Sahur pulihkan semangat 'frontliner'

Format Sembang Sahur ditukar bersesuaian dengan keadaan semasa PKP.

BERTEPATAN dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), program Sembang Sahur telah menggantikan segmen Singgah Sahur kepada Singgah Ramadan. Ia bersesuaian dengan objektif kempen Setulus Ikhlas memulihkan semangat petugas barisan hadapan dan mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Siaran langsung Sembang Sahur tahun ini diterajui oleh penerbit eksekutif Kalijahwati Md Kassim dan penerbit Fariha Onn di samping pengacara ceria seperti Haziq Hussni, Teh Syuhaida, Zack Merican, Dayah Bakar, Hazlin Hussin, Hanif Miswan, Fariha Onn dan Irin Putri.

Mereka juga dibantu barisan Da’i yang terdiri daripada Da’i Luqman, Da’i Aiman, Da’i Hakim, Da’i Hadhari, Da’i Adam dan Da’i Hidayu. Selebriti lain yang turut menceriakan suasana Sembang Sahur ini adalah Ernie Zakri, Fahrin Ahmad, Amyra Rosli, Izzue Islam, dan ramai lagi.

Antara topik menarik yang akan dibincangkan adalah berkaitan tanggungjawab sosial menangani krisis, beribadah dalam darurat, taubat sementara, Ramadan bulan bina taqwa, momentum terawih dan banyak lagi.



Sembang Sahur mengupas pelbagai isu dan dakwah agama sepanjang Ramadan.

Program ini semakin menarik pada setiap hari Khamis apabila Ustaz Zarifi Daud yang merupakan ustaz selebriti tanah air membicarakan topik berkaitan inspirasi ‘zero to hero’ di mana beliau akan turun padang diiringi oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) mendekati para petugas barisan hadapan.

Ustaz Zarifi berkata dia bersyukur dapat diberikan peluang merasai pengalaman memakai pakaian khas dan memberikan bimbingan jiwa dan rohani kepada para petugas barisan hadapan.

"Pada episod pertama saya bersama rakan-rakan seperti ahli bomba, NGO, dan sebagainya turun padang untuk menjalankan sanitasi awam di beberapa tempat seperti masjid dan premis di kawasan pandan indah.

"Apabila saya turun membantu saya perlu memakai set pakaian khas iaitu PPE (alat pelindung diri) dan alhamdulillah saya dapat merasai pengalaman memakai pakaian itu... ianya sangat panas ya.



Ustaz Zarifi merasai pengalaman mengenakan pakaian PPE.

"Selain daripada itu, kita sebagai pendakwah yang berjumpa secara langsung barisan hadapan ini boleh memberikan bimbingan jiwa dan rohani untuk membina ketahanan dalaman mereka, ” katanya.

Dalam pada itu penerbit program Sembang Sahur, Fariha Onn memberitahu bahawa pengisian program ini perlu ditukar mengikut keadaan semasa kerana bimbang mengenai keselamatan semua pihak yang terlibat.

"Sebenarnya pengisian program ini sama seperti tahun-tahun sebelumnya, namun pada masa ini kita tidak boleh turun padang memberikan sahur seperti dulu jadi terpaksa ditukar mengikut keadaan semasa kerana bimbang mengenai keselamatan semua orang yang terlibat, ” ujarnya.

Program Sembang Sahur ini mempunyai 12 episod yang bersiaran setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis pada pukul 11.00 malam bermula 28 April di TV3 dan juga Facebook live Sembang Sahur.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain