“Naik mendadak itu tidaklah tapi Alhamdulillah semakin ramai yang tahu” - Adam Corrie syukur bisnes kurta, jubah dapat perhatian

Bisnes kurta Adam Corrie semakin dikenali ramai

SELEPAS isu yang melibatkan syarikat tekstil Jakel, perniagaan jubah dan kurta Ustaz Ebit Lew dan pelakon Adam Corrie mendapat perhatian netizen.

Netizen mula menjalankan kempen menyokong perniagaan dua ustaz selebriti ini yang dianggap lebih membawa manfaat kepada masyarakat.

ARTIKEL BERKAITAN: Posting dimanipulasi, Muzaffar buat penjelasan... gesa pelanggan support semula bisnes - “Abang saya sangat humble, baik... saya saja yang teruk”

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Melayu diperlekeh! PU Azman pun terasa tapi Allah suruh kita memaafkan - “Kalau nak boikot, boikot sendiri tanpa tiup provokasi”

Adam yang dihubungi mStar memberitahu perniagaannya mendapat sambutan, namun tidaklah terlalu mendadak seperti yang ditularkan di laman sosial.

"Naik mendadak tu tidak la, cuma bezanya sekarang lebih ramai tahu yang saya sebenarnya ada butik dan rekaan kurta sendiri," ujarnya.

Apabila ditanya berkenaan perkembangan bisnesnya sepanjang Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) dijalankan, pemilik Mr & Mrs Adam Corrie Exclusive itu menjelaskan ramai yang sudah mula bertanya dan ingin membuat tempahan.



Perniagaan Adam Corrie masih lagi berjalan lancar walaupun dengan keadaan semasa agak mencabar.

"Syukur Alhamdulillah ada sale, daripada tak ada langsung.

"Sebenarnya ramai dah mula tanya baju bila nak sampai, saya pun tak dapat nak beri jawapan memandangkan dalam keadaan sekarang, baju saya masih lagi terkandas di Bangladesh," jelasnya.

Mengulas isu Muzaffar Mohamed Jakel yang didakwa memperlekehkan orang Melayu, Adam berharap orang ramai dapat memaafkan kesilapan yang tidak disengajakan itu.

"Semua manusia ada buat silap, sebagai orang islam kita digalakkan memaafkan mereka dengan hati yang terbuka atas kesilapan yang dilakukannya.

"Malah di bulan Ramadan ini, kita kena banyak belajar bersabar dan menahan diri dari buat perkara yang tak baik.

"Selain diperintahkan oleh Allah berpuasa, kita digalakkan menjaga lisan kita," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Adam Corrie, Ebit Lew

Artikel Berkaitan

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain