suria

Baby Shima sedih penyanyi tradisional Indonesia Didi Kempot meninggal dunia, pernah berduet ketika sertai pertandingan nyanyian

Baby Shima pernah membuat persembahan bersama Didi Kempot

MESKIPUN keadaan dunia hiburan Indonesia masih bersedih dengan berita pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair dan mendiang Glenn Fredly, kini penyanyi Didi Kempot pula dilaporkan meninggal dunia.

Penyanyi dan komposer yang terkenal dengan muzik tradisional Jawa itu menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 7.30 pagi (waktu Indonesia), Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Baby Shima terkandas di Jakarta akibat Covid-19, tak berani keluar - “Walaupun ada kedai buka tapi saya duduk rumah saja”

Didi meninggal dunia pada usia 53 tahun di Rumah Sakit Kasih Ibu, Solo, Jawa Tengah.

Penyanyi Baby Shima juga turut meluahkan rasa sedih atas pemergian Didi di laman Instagramnya.

Baby Shima meluahkan rasa sedih atas pemergian Didi.

"Innalillahiwainnailaihirojiun... Kami semua turut berduka cita. Selamat jalan Pak De syurga menanti mu.

"Karya mu akan selalu dikenang. Shima juga sering menyanyikan karya Pak De ketika persembahan," katanya menerusi posting tersebut.

Baby Shima yang mencipta nama di Indonesia pernah membuat persembahan bersama Didi di Kontes Dangdut Indonesia pada 2018.

Baby Shima pernah berduet dengan Didi ketika menyertai pertandingan di Indonesia.

Dalam pada itu, pembantu perhubungan awam Rumah Sakit Kasih Ibu, Divan Fernandez menjelaskan bahawa Didi sudah tidak sedarkan diri sebaik tiba di hospital.

Didi atau lebih dikenali sebagai Bapak Patah Hati Indonesia mendapat gelaran itu dengan lagu-lagu ciptaannya yang berkisarkan tentang kesedihan, cinta dan patah hati.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Baby Shima, Didi Kampot

Artikel Lain