Baby Shima terkandas di Jakarta akibat Covid-19, tak berani keluar - “Walaupun ada kedai buka tapi saya duduk rumah saja”

Shima berkata dia berada di Jakarta, Indonesia sebelum penularan wabak Covid-19 berlaku di sana.

TEMPOH darurat yang dilanjutkan di Jakarta, Indonesia sehingga 19 April depan menyebabkan penyanyi Baby Shima terus terkandas di republik itu.

Kata Shima walaupun sedih kerana tidak dibenarkan pulang ke Malaysia, namun dia akur dengan perintah berkenaan susulan penularan wabak Covid-19 di seluruh dunia.

ARTIKEL BERKAITAN: Menteri Pengangkutan Indonesia disahkan positif Covid-19

Menurut Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, 28, biarpun tidak dapat berada bersama keluarga di Malaysia namun dia bersyukur kerana syarikat pengurusan prihatin dengan kebajikannya sepanjang berada di sana.

Shima sedih tidak dapat pulang ke Malaysia.

"Di sini (Jakarta) juga sudah disarankan untuk berada di rumah dan tidak dibenarkan keluar jika tiada keperluan. Walaupun ada saja kedai yang buka tapi saya mengambil langkah berjaga-jaga untuk sentiasa berada di rumah saja.

"Memang sedih tak dapat balik jumpa keluarga di Johor Bahru. Tapi nak buat macam mana, saya datang sini pun sebelum penularan wabak itu berlaku. Saya sentiasa hubungi keluarga dan mereka pun pesan untuk jaga diri.

"Kalau nak balik sekarang pun, tiada penerbangan ke Malaysia. Lagipun pihak berkuasa Indonesia pun menasihatkan supaya saya berada di rumah sahaja dan apabila keadaan sudah reda baru rancang semula balik ke Malaysia.

Saya sentiasa hubungi keluarga dan mereka pun pesan kepada saya suruh jaga diri di sini.

BABY SHIMA

PENYANYI

"Tapi Alhamdulillah, pihak pengurusan pun sentiasa memantau dan menyediakan barangan keperluan saya selama dua minggu. Jika barang habis, mereka akan bantu saya," kata Shima kepada mStar.

Indonesia juga antara negara Asia Tenggara yang mencatat kes wabak Covid-19 yang tinggi.

Malaysia sudah menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan itu sejak 18 Mac lalu dan akan berlanjutan sehingga 14 April depan.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Pura-Pura Bujang ini memberitahu jadualnya juga terjejas berikutan beberapa acara dan jelajah di Malaysia dan Indonesia terpaksa dibatalkan.

Shima bersyukur pihak pengurusan sudah menyediakan barangan keperluannya sepanjang dua minggu.

Bagaimanapun, peserta Big Stage musim pertama ini mendoakan agar penularan wabak Covid-19 dapat ditangani secepat mungkin.

"Sebenarnya jadual saya memang terjejas sebab beberapa acara di Malaysia dan Indonesia dibatalkan serta ditundakan. Sepatutnya April depan saya ada jelajah di Jawa dan Sumatera tapi ditunda.

"Saya berharap sangat wabak ini cepat berakhir. Kalau ada peluang untuk balik ke Malaysia, memang saya nak balik. Semua orang risau, tapi keadaan sekarang tak mengizinkan kita nak ke mana-mana," ujarnya.

Artikel Berkaitan

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Artikel Lain