“Tak payah sibuk! Biar dia dan ibunya hidup dengan tenang” - Hattan selar Aliff Syukri buat duit atas kisah kehidupan Puteri Balqis

Hattan meminta Aliff untuk berhenti menganggu Puteri Balqis dan ibunya.

PENYANYI Datuk Hattan meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan usahawa kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang menemuramah pelakon Puteri Balqis untuk kandungan laman YouTube.

Hattan, 56, berpendapat, Aliff hanya menggunakan kisah kehidupan Puteri Balqis yang sedang hangat diperkatakan untuk meraih perhatian sehingga menjejaskan kehidupan remaja itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Balqis ‘hilangkan diri’, tutup akaun Instagram selepas tular video mengaku mahu main Forex guna wang sumbangan

Malah penyanyi lagu Gadis Jolobu ini meminta Aliff berhenti menganggu Balqis, 13, dan ibunya, Norashikin Mohd Aziz.

Hattan meluahkan rasa kurang senang melihat video temu bual Aliff dengan Puteri Balqis.

"Agak merimaskan apabila Youtuber terkemuka cuba ambil kesempatan dengan kisah adik Balqis... Kalau nak buat duit pun, janganlah sibuk nak korek cerita Balqis itu.

"Tanya soalan yang bukan-bukan. Dia budak-budak la. Boleh tak, tak payah sibuk dengan kehidupan Balqis tu. Biarlah dia dan ibunya hidup dengan tenang.

"Dia nak buat apa dengan duit dia, dia punya fasal la... yang pergi sibuk-sibuk buat apa, rimas," tulisnya  menerusi laman Facebook.

Status yang dimuat naik itu dipercayai ditujukan kepada Aliff memandangkan video temuramah dengan Puteri Balqis tular baru-baru ini.

Menerusi rakaman video berkenaan, Aliff ada bertanyakan tentang apa yang akan dilakukan Puteri Balqis jika diberikan wang berjumlah RM100,000.

Agak merimaskan apabila Youtuber terkemuka cuba ambil kesempatan dengan kisah adik Balqis.

DATUK HATTAN

PENYANYI

Puteri Balqis berkata, salah satu perancangannya adalah untuk melabur dalam pelaburan tukaran wang asing atau Forex dan jawapan itu telah mengundang kecaman netizen.

Rata-rata netizen kurang bersetuju dengan rancangan Balqis memandangkan dana yang diperolehi itu sepatutnya digunakan untuk tujuan perubatan dan pendidikan. 

Selepas mendapat pelbagai kritikan dan kecaman, Puteri Balqis membuat keputusan untuk memadam akaun Instagram.

Dalam pada itu, Hattan memberitahu dia menyokong semua pihak yang menggunakan platform YouTube untuk menyebarkan sesuatu bahan atau cerita yang positif.

Bagaimanapun, Hattan tidak bersetuju apabila menjadikan kenyataan atau kehidupan peribadi orang lain untuk kandungan YouTube mereka. 

"Saya dapati semua orang ada saluran YouTube, TV sendirilah kononnya. Saya sokong siapa yang buat saluran YouTube dengan bahan-bahan cerita yang bagus.

"Tetapi ada yang buat main tangkap muat saja. Buat saluran yang berfaedah macam Asfar Badrul kalau tak silap. Namanya boleh membantu dan membuat pahala untuk kita," katanya.

Hattan, Aliff Syukri, Puteri Balqis

Artikel Berkaitan

Artikel Lain