Netizen tak senang hati Naim Daniel buat hashtag #sembahnaim - “Bro... kurang nice bunyi dia” - Hiburan | mStar

Netizen tak senang hati Naim Daniel buat hashtag #sembahnaim - “Bro... kurang nice bunyi dia”

Naim Daniel akan melancarkan single terbaharu berjudul Sembah pada Februari ini.

PENYANYI Naim Daniel ditegur netizen gara-gara kurang senang dengan tindakannya menggunakan tanda pagar #sembahnaim bagi mempromosikan single terbaharunya yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Enggan melatah dengan teguran berkenaan, Naim, 23, berkata hashtag berkenaan tidak membawa maksud tersembunyi atau negatif.

ARTIKEL BERKAITAN: “Aku nampak kau post fasal Rose siap kau!” - Naim Daniel diugut gara-gara ‘edit’ gambar bersama Rose Blackpink

"Tiada apa-apa mesej yang tersembunyi mengenai hashtag tersebut, saya cipta berdasarkan tajuk lagu.

"Namun ia terpulang kepada setiap individu untuk mentafsir ayat berkenaan kerana bagi saya itu cuma sekadar hashtag.

Teguran netizen di Instagram Naim.

"Sekiranya netizen kurang senang dengan hashtag yang digunakan, kami boleh tukar dengan yang baharu," katanya kepada mStar.

Tambah Naim, dia menerima terguran yang diberikan dengan hati terbuka dan menganggap ia sebagai satu pengajaran untuknya.

"Saya terima secara positif kerana bagi saya setiap teguran yang diberikan adalah bermakna untuk saya di dalam industri ini," katanya.

Bercerita mengenai single terbarunya berjudul Sembah, Naim berkata ia dijangka akan dilancarkan pada Februari ini.

Naim menerima kritikan dengan hati terbuka.

"Lagu ini ditulis oleh saya dan juga Ikkie. Ia berkisahkan kehidupan manusia yang dianiayai dan diilhamkan daripada kisah benar.

"Apa yang boleh saya cakap lagu ini akan dikeluarkan selepas AJL (Anugerah Juara Lagu ke-34), tarikh sebenar sedang dibincangkan lagi," katanya.

Menerusi lagu Sembah, Naim menggunakan khidmat pemain gitar legenda, Man Kidal atau nama sebenarnya Abdul Rahman Mahmood.

"Saya ingin mencari kelainan untuk single terbaru ini dengan menampilkan abang Man Kidal.

"Saya mencari orang yang banyak menyumbang dalam industri muzik dan jawapannya adalah abang Man Kidal," katanya.

Naim Daniel , single terbaru

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain