suria

“Aku nampak kau post fasal Rose siap kau!” - Naim Daniel diugut gara-gara ‘edit’ gambar bersama Rose Blackpink

Naim menerima mesej berbaur ugutan daripada peminat kumpulan Kpop popular, Blackpink.

GARA-GARA membuat suntingan gambar bersama salah seorang ahli kumpulan Blackpink iaitu Rose, penyanyi Naim Daniel  diserang peminat artis Kpop berkenaan.

Lebih teruk apabila individu berkenaan turut menghantar mesej peribadi melalui akaun Instagram penyanyi lagu Sumpah itu yang berbaur ugutan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Awak minta orang bunuh adik saya?” - Ini bukan gurauan! Naim Daniel cari wanita rakan sebilik adiknya

ARTIKEL BERKAITAN: “Itu luahan biasa... bukan tentang saya sahaja” - Peminat bimbang Naim Daniel berdepan ‘depression’

"Hello, maaf kerana mengganggu. Aku ada benda nak bincang dengan kau. Dengar ni, stop post gambar kau dengan Rose.

Antara kandungan mesej peribadi yang dihantar kepada Naim menerusi laman Instagram miliknya.

"Kau dengar? Kau ingat kau artis, kau bolehlah buat macam tu?

"Kalau aku nampak lagi kau post fasal Rose Blackpink siap kau," tulis individu terbabit.

Naim berkongsi paparan skrin mesej yang dihantar individu berkenaan menerusi sebuah entri yang dimuat naik ke laman Instagram miliknya pada Sabtu.

Naim bagaimanapun berkata, dia tidak terkesan dengan ugutan yang diterima itu.

Saya seorang yang mudah tersentuh. Tolong jangan sakiti saya seperti itu.

NAIM DANIEL

Penyanyi

"Saya seorang yang mudah tersentuh. Tolong jangan sakiti saya seperti itu," tulis Naim.

Naim sebelum ini membuat beberapa posting mengaitkan penyanyi kumpulan Blackpink itu sebagai mempromosikan lagu nyanyian semula atau cover lagu berjudul Eyes Closed bersama Rose yang dimuat naik ke laman Youtube miliknya.

Setakat ini lagu itu menerima jumlah tontonan sebanyak 15,000 tontonan dengan lebih 2,000 tanda suka sejak ia dimuat naik ke laman Youtube pada Jumaat.

Menerusi komen yang ditinggalkan netizen juga meluahkan rasa gembira dengan cover lagu itu berkenaan.

Beberapa koleksi suntingan gambar Naim bersama Rose yang dimuat naik di Instagram.

Tidak kurang juga ada yang mahu penyanyi itu menyanyikan lagu berkenaan di atas pentas bersama Rose Blackpink.

"Sesiapa boleh jadikan ia realiti? Naim feat Rose atas satu pentas!

"Aku tak nampak salah Naim sebagai fan boy tapi apa benda yang kecoh sangat sampai Blinks nak serang Naim ni?

"Kami nak lihat kolaborasi Naim dan Rose sekarang juga," tulis netizen.

Naim Daniel, Rose, Blackpink

Artikel Lain