suria

Issey ‘off market’, selamat akhiri zaman duda dengan ibu tunggal anak tiga

Issey menamatkan zaman duda bersama seorang ibu tunggal, Noor Aimi Jamel.

PENYAMPAI radio Suria FM Issey akhirnya menamatkan zaman duda apabila sah bergelar suami kepada seorang ibu tunggal anak tiga bernama Noor Aimi Jamel, 32, dengan sekali lafaz pada Ahad.

Majlis akad nikah yang berlangsung kira-kira pukul 9.45 pagi itu disempurnakan oleh Timbalan Imam Masjid Mukim Pauh Panji iaitu Tengku Mahmud Tengku Ibrahim yang berlangsung di Calamaya Garden 781, Kota Bharu, Kelantan.

ARTIKEL BERKAITAN: Issey tamatkan zaman duda, pilih ibu tunggal anak tiga sebagai isteri - “Kami kenal sejak sekolah”

ARTIKEL BERKAITAN: Issey sanggup menduda, belum sedia kahwin lagi

Majlis tersebut disaksikan kira-kira 200 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan teman rapat.

Issey memilih Noor Aimi Jamel sebagai pasangan hidupnya.

Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin, 32, menyerahkan mas kahwin berupa sebentuk cincin dan senaskah Al-Quran.

Dalam pada itu, Issey meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan sebuah keluarga yang besar selain berjanji untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah kepada tiga orang anaknya.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang mendoakan. Tak banyak yang ingin saya minta cuma tolong doakan agar saya terus menjadi suami yang mithali.

“Tanggungjawab saya besar. Aimi ada 3 orang anak. Saya minta maaf jika tak dapat nak jaga Aimi seperti arwah suami dia tapi InsyaAllah saya cuba jadi yang terbaik,” ujarnya kepada mStar.

Tanggungjawab saya besar. Aimi ada 3 orang anak. Saya minta maaf jika tak dapat nak jaga Aimi seperti arwah suami dia tapi InsyaAllah saya cuba jadi yang terbaik.

ISSEY

Penyampai radio Suria FM

Issey sebelum ini pernah mengakui kepada media sedang mengenali hati budi seorang wanita namun dirahsiakan identitinya.

Bagaimanapun pada 12 Disember lalu, semasa mengendalikan segmen Team Pagi Suria bersama Fizi Ali, Issey membuat pengumuman istimewa apabila mengesahkan untuk berkahwin dengan seorang kenalan lama sejak di bangku sekolah.

Sebelum ini Issey pernah mendirikan rumah tangga dengan Syuhadaa Syafiqqa Abdul Rashid pada 19 Mac 2015 namun membuat keputusan untuk bercerai pada 21 Ogos 2016.

Issey, nikah, kahwin, Suria FM

Artikel Berkaitan

Artikel Lain