suria

Tiada tempat kedua, Naqiu dan Hady Mirza diumum juara GV6!

Naqiu dan Hady Mirza diumum juara Gegar Vaganza musim 6.

GEGAR Vaganza musim keenam membuat kejutan sekali lagi apabila dua peserta iaitu Naqiu (Boboy) dan Hady Mirza diumumkan sebagai juara pada konsert akhir yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam, Selangor pada malam Ahad.

Naqiu mempersembahkan lagu Srikandi Cintaku nyanyian asal Bloodshed dan menerusi segmen battle berentap bersama Hady Mirza menerusi lagu HaaTepok! (Meerfly ft MK & Kidd Santhe).

ARTIKEL BERKAITAN: Wann akhirnya tersingkir, Noorshila pula terkandas kerana duet bersama Ifa Raziah tak harmoni... 6 peserta ke final GV6

Manakala, Hady Mirza menyampaikan lagu Ku Bersuara nyanyian asal Ernie Zakri.

Hady memberi persembahan terbaik di pentas alhier GV6.

Mereka menewaskan empat peserta lain yang terdiri iaitu One Nation Emcees, Nurfatima, Jatt dan Sham Visa.

Dalam ucapan kemenangan, Naqiu dan Hady berkata kejayaan yang diperoleh itu merupakan hasil sokongan peminat selama ini.

"Alhamdulillah, terima kasih kepada yang banyak membantu saya. Kemenangan ini sangat bermakna, lebih-lebih lagi atas sokongan peminat dan tak mungkin dilupakan dalam karier saya," kata Naqiu.

“Syukur tak sangka kemenangan ini... terima kasih kepada semua yang tak henti menyokong,” kata Hady.

Kemenangan itu melayakkannya Naqiu dan Hady membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai RM100,000, pakej percutian, pakej mengubahsuai rumah, percutian berserta sebuah trofi.

Jatt menduduki tempat ketiga.

Penyanyi Jatt Ali selaku pemenang tempat ketiga menerima hadiah kemenangan berupa wang tunai RM30,000, pakej percutian, pakej mengubahsuai rumah, percutian berserta sebuah trofi.

Tempat keempat pula menjadi milik Nurfatima dengan hadiah wang tunai RM20,000 berserta trofi manakala tempat kelima dan keenam pula menjadi milik One Nation Emcees dan Sham Visa.

Mereka masing-masing membawa pulang wang tunai RM15,000 dan RM10,000 berserta trofi.

Kesemua peserta perlu menyelesaikan dua tugasan iaitu nyanyian solo dan pusingan battle antara mereka.

Ia dinilai oleh juri tetap Datuk Ramli MS dan Hetty KoesEndang, manakala juri jemputan Datuk Datuk Rizalman.

Program akhir GV6 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Naqiu, Hady Mirza, GV6

Artikel Lain