Puteri Balqis ‘hilangkan diri’, tutup akaun Instagram selepas tular video mengaku mahu main Forex guna wang sumbangan - Hiburan | mStar

Puteri Balqis ‘hilangkan diri’, tutup akaun Instagram selepas tular video mengaku mahu main Forex guna wang sumbangan

Netizen terkejut Balqis menyatakan hasrat mahu sertai pelaburan Forex.

KEHILANGAN akaun Instagram pelakon cilik, Puteri Balqis sejak Isnin mengundang persoalan dan kebimbangan peminatnya.

Akaun tersebut tidak dapat dicapai oleh pengikut dan dipercayai dinyahaktifkan setelah tular rakaman Balqis menyuarakan hasrat dan perancangan untuk melabur dalam pelaburan tukaran wang asing atau Forex.

Menerusi rakaman video bersama Datuk Seri Aliff Syukri, usahawan kosmetik itu ada bertanyakan Balqis apa yang akan dilakukannya jika diberikan wang berjumlah RM100,000. 

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Balqis sebak... kesempitan hidup dapat perhatian masyarakat - “Tiada apa yang malu nak dikongsikan”

ARTIKEL BERKAITAN: Peringatan Puteri Balqis untuk Nabila Huda - “Saya diuji dengan kesusahan, auntie diuji dengan kemewahan”

Balqis memberitahu salah satu perancangannya adalah untuk melabur dalam pasaran Forex.

"Kalau dapat RM100,000, Puteri nak buat apa?," tanya Aliff.

Akaun Instagram Puteri Balqis tidak dapat dicapai pada Isnin.

"Duit tu ada yang Puteri nak simpan, ada yang nak disedekahkan dan untuk Forex. Kami suka graf," jawab Balqis.

Kenyataannya itu mengejutkan netizen dan menjadi perbualan hangat netizen di laman Twitter kerana pada usia 13 tahun, Balqis sudah memikirkan mengenai dunia pelaburan.

Rata-ratanya kurang bersetuju dengan cadangan Balqis itu memandangkan dana yang diperolehi itu sepatutnya digunakan untuk tujuan perubatan dan pendidikan.

Kisah penderitaan hidup Balqis mendapat perhatian banyak pihak.

Kritikan netizen itu dipercayai menjadi punca Puteri Balqis menyahaktif akaun Instagram miliknya yang kini memiliki lebih 500,000 pengikut.

Pada 12 Januari lalu, kisah kesempitan hidup Puteri Balqis dan ibunya, Norashikin Mohd Aziz menarik perhatian netizen apabila dipaparkan dalam program Bersamamu (TV3).

Kisah penderitaan mereka mengundang sebak penonton kerana masing-masing tidak menyangka bintang yang popular di mata masyarakat itu berdepan kehidupan sukar.

Puteri Balqis

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain