Puteri Balqis sebak... kesempitan hidup dapat perhatian masyarakat - “Tiada apa yang malu nak dikongsikan”

Kisah kesempitan hidup Puteri Balqis membuka mata ramai pihak.

PELAKON Puteri Balqis meluahkan rasa sebak apabila buku puisi nukilannya, 38 Poems Of Puteri Balqis laris terjual selepas kisah kesempitan hidup dia dan ibu, Norashikin Mohd Aziz disiarkan dalam program Bersamamu (TV3) pada Ahad lalu.

Menurut Balqis, 13, dia tidak pernah menyangka perkongsian mengenai keperitan hidup mereka telah membuka mata ramai pihak dan menjadi satu kisah perjalanan yang cukup indah.

"Saya rasa sebak dan tak sangka mereka akan sanjung kami dengan cara lebih baik dan tengok semuanya positif, ramai insan yang memberi kata semangat.

ARTIKEL BERKAITAN: “Anak sakit bukan berita hangat!” – Luah ibu Puteri Balqis

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada adab! Datang melawat Puteri Balqish sambil buat video minta sumbangan

"Awalnya kami rasa (cerita) kehidupan ini tak perlu dikongsi, dibiar tutup, itu adalah rahsia tapi ia telah dibuka dengan cara yang cukup indah, tak pernah sangka.

"Semasa Bersamamu hubungi kami, kami menahan sebak... dan sekarang ramai orang Whatsapp dan beli buku tulisan saya yang disenyapkan dulu, kami bertambah sebak tapi rasa gembira," katanya.

Kisah hidup Puteri Balqis dan ibunya dipaparkan dalam program Bersamamu.

Pelakon drama Akulah Balqis ini berkongsi luahan hati semasa ditemubual dalam program Malaysia Hari Ini pada Isnin.

Kisah sedih mengenai kehidupan Balqis dan ibunya dipaparkan menerusi program Bersamamu itu mengundang sebak penonton kerana masing-masing tidak menyangka bintang yang popular di mata masyarakat itu berdepan kehidupan sukar.

Antara yang dipaparkan Balqis menaiki pengangkutan awam bersama ibunya untuk mendapatkan rawatan di klinik dan dia duduk di sebuah bangku sambil makan disuap ibu.

Semasa itu kami tak beraya kerana hanya tinggal berdua, saya nampak Puteri tulis sesuatu tapi dia tak nak kongsikan!

NORASHIKIN

IBU PUTERI BALQIS

Sementara itu, Norashikin berkata buku puisi itu ditulis oleh anaknya itu menceritakan mengenai perjalanan kisah hidup mereka.

"Semasa itu saya tak tahu dia tulis, waktu itu hari raya kami dalam keadaan tak berapa okay... tak ada air di rumah, kami mandi dekat stesen minyak dua bulan dan surau dua bulan.

"Semasa itu kami tak beraya kerana hanya tinggal berdua, saya nampak Puteri tulis sesuatu tapi dia tak nak kongsikan, bila dah lama baru saya tahu setiap peristiwa berlaku dia tulis.

Balqis sebak buku puisi nukilannya mendapat sambutan hebat setelah kisah mereka dipaparkan dalam Bersamamu.

"Macam Puteri cakap, ujian itu indah, bila diuji dengan kesakitan ia akan jadi penawar, bila diuji dengan kesusahan kita usaha, jadi untuk dapat seorang anak yang lakukan pengorbanan sama tinggi dengan ibu yang dianggap sebagai seorang ibu, sahabat dan kakak... tiada apa yang malu nak dikongsikan, semua orang melalui fasa kesusahan, bila kita akan berjaya semuanya tuhan akan tentukan," katanya.

Dalam pada itu, Norashikin memberitahu Balqis akan menyambung persekolahannya bermula minggu ini.

"Minggu ini juga dia akan daftar balik pembelajaran di British Council, kelas Mandarin, dan sebelum ini dia ada ambil kelas piano dah grade 6, terpaksa diberhentikan... dan semua akan disambungkan semula.

"Terima kasih kerana berada bersama kami dan semua yang membeli buku Puteri Balqish dan berkongsi ayat puisi Puteri di laman sosial, ujian itu indah!," katanya.

Terdahulu, kira-kira dua tahun lalu Puteri Balqis dilaporkan mengalami masalah jantung selepas keluar masuk hospital apabila dia demam berpanjangan, sesak nafas dan kerap muntah.

Puteri Balqis, Bersamamu

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain